Tuesday, July 07, 2015
Dakwaan WSJ: Najib Ucap Terima Kasih Pada Rakyat, Haron Din
Semenyih : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berterima kasih kepada
rakyat yang tidak mempercayai dakwaan akhbar Wall Street Journal (WSJ)
terhadapnya.
Beliau juga menyatakan penghargaannya kepada Mursyidul Am PAS, Datuk Dr
Haron Din yang meragui kesahihan laporan luar negara itu kononnya
terdapat pengaliran wang dana 1MDB yang didakwa dimasukkan ke akaun
persendirian beliau di Malaysia.
"Saya berterima kasih ramai juga yang kata tak percaya berita tersebut,
termasuk Datuk Haron Din. Dia kata tak masuk akal nak saya lakukan
perkara sebegitu," kata Najib dalam ucapannya di depan kira-kira 400
orang yang menghadiri majlis berbuka puasa di Masjid Bandar Rinching,
Semenyih, pada Ahad.
Semalam Haron menyatakan rasa curiga beliau terhadap kebenaran laporan
WSJ yang mengaitkan perdana menteri dengan pengaliran dana 1MDB ke dalam
akaun peribadi individu didakwa Najib.
Haron juga berharap tuduhan yang dibuat ke atas Najib itu tidak benar.
Mengulas lanjut, Najib berkata tindakan memasukkan dana awam ke dalam
akaun sendiri adalah sesuatu yang kurang cerdik, jika benar beliau ingin
berbuat demikian.
"Kalau saya nak menyamun pun, takkkan saya menyamun bawa duit itu masuk
akaun dalam Malaysia. Itupun saya kalau saya nak jadi seorang penyamun,"
katanya.
Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang
1Malaysia Development Bhd (1MDB) oleh pihak berkuasa Malaysia, yang
menunjukkan berbilion ringgit dimasukkan ke dalam peribadi Najib pada
2013.
Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, polis dan Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah (SPRM) ditubuhkan bagi menyiasat dakwaan WSJ.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment