Friday, July 24, 2015
Dengki Nampaknya...PAS Persoal Tun M Masih 'Bebas'
Amboiii.....Ambil Berat nampak pada DAP
PETALING JAYA : Larangan meninggalkan negara yang dikenakan terhadap dua
pemimpin pembangkang, termasuk wakil rakyat DAP adalah tindakan terdesak
dan bermotifkan politik, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim
Tuan Man.
Menurut beliau, kerajaan bertindak 'membuli' pembangkang apabila
mengambil tindakan segera terhadap pihak yang membuat pendedahan
berhubung dakwaan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
"PAS ingin mengingatkan kerajaan bahawa taktik membuli pembangkang
dengan cara ini hanya akan menyemarakkan desakan dan keinginan rakyat
untuk mengetahui kebenaran di sebalik semua dakwaan terhadap 1MDB dan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
"Rakyat akan melihat tindakan sebegini sebagai terdesak dan bermotifkan
politik apabila tiada sekatan terhadap Dr Mahathir, pengkritik terhebat
1MDB, yang sudah terang-terang menjelaskan niatnya untuk menurunkan
Najib sebagai Perdana Menteri," katanya merujuk kepada bekas Perdana
Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menerusi kenyataan pada Khamis.
Mengulas lanjut, Tuan Ibrahim turut mempersoalkan kredibiliti Jabatan
Imigresen apabila tidak mengenakan sebarang sekatan terhadap individu
yang terlibat dan dikaitkan dengan isu 1MDB.
"Persepsi buruk pada kerajaan akan bertambah apabila rakyat melihat
mereka yang terlibat dengan isu 1MDB seperti Pengerusi dan Ketua Pegawai
Eksekutif dan Penasihat 1MDB masih bebas bergerak ke seluruh dunia,
manakala mereka yang membongkarnya dikenakan tindakan," katanya.
Sehingga kini empat individu disekat daripada ke luar negara termasuk
Ahli Parlimen DAP, Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR, Mohd Rafizi Ramli.
Terbaharu, seorang bekas pegawai 1MDB turut dihalang meninggalkan negara ini.
Semakan di laman web Jabatan Imigresen menunjukkan bahawa Pengarah
Urusan SRC International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, 44 yang juga
merupakan bekas Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB merupakan antara mereka
yang disekat ke luar negara.
SRC International merupakan bekas anak syarikat 1MDB dan telah diambil alih oleh Kementerian Kewangan pada 2012.
Individu lain yang dihalang ke luar negara adalah pemilik The Edge Media Group, Datuk Tong Kooi Ong.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment