Friday, July 24, 2015
Lagi Geng PR Kena Banned....Tian Chua, Ambiga Dihalang Ke Luar Negara
PETALING JAYA : Ahli Parlimen Batu Tian Chua dan beberapa aktivis telah
dihalang oleh Jabatan Imigresen daripada meninggalkan negara ini.
"Dengan larangan perjalanan terkini, saya benar-benar terperangkap di
Semenanjung Msia, telah dihalang memasuki Sabah & Sarawak, kini
tidak boleh ke luar negara, malah Singapura," kata Tian Chua di
Twitternya, Khamis.
Aktivis Datuk Ambiga Sreenevasan, Maria Chin Abdullah, Hishamuddin Rais
dan Adam Adli Abdul Halim adalah antara mereka yang dihalang
meninggalkan negara.
Ambiga berkata beliau sedang dalam perjalanan untuk membuat pemeriksaan dengan Imigresen.
Pada Rabu, larangan perjalanan dikenakan ke atas Pengarah Urusan SRC
International Sdn Bhd, Nik Faisal Ariff Kamil, yang juga merupakan bekas
Ketua Pegawai Pelaburan 1MDB, pemilik The Edge Media Group Datuk Tong
Kooi Ong, Ahli Parlimen DAP Tony Pua dan Ahli Parlimen PKR Rafizi Ramli.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment