Wednesday, July 08, 2015
Dosa Fitnah Itu Lebih Teruk Daripada Membunuh.. - DS Idris Haron
'Dosa fitnah itu lebih teruk daripada membunuh'. Demikian disuarakan
Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Idris Haron menyatakan doanya kepada
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah
Mansor supaya dijauhi daripada segala bentuk fitnah.
Katanya, beliau dan seluruh rakyat Melaka sentiasa mendoakan kesejahteraan pemimpin nombor satu negara dan isterinya itu.
"Saya doa supaya Allah sentiasa kurniakan kelazatan kehidupan, umur yang
panjang, rezeki yang murah dan badan yang sihat. Kami di Melaka akan
sentiasa mendoakan Datuk Seri Najib dan Datin Seri Rosmah serta keluarga
agar dijauhi, dihindari dari sebarang bentuk fitnah sama ada fitnah
dunia atau fitnah kubur."
"Sama-sama kita doakan supaya dihindari gejala fitnah kerana akibatnya
nanti akan rosak binasa apa yang kita bina selama ini. Fitnah itu lebih
buruk daripada membunuh," katanya sambil membaca hadis mengenai fitnah.
Idris berkata demikian ketika memberi ucapan dalam majlis penyampaian
sumbangan hari raya Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri Menteri dan
Timbalan Menteri (BAKTI) kepada para pelatih Pusat Pemulihan Dalam
Komuniti (PDK) di Ayer Keroh, Melaka.
Sementara itu, beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai
Udang itu turut mengharapkan Perdana Menteri dan Timbalannya, Tan Sri
Muhyiddin Yassin serta rakan-rakan menteri di peringkat Persekutuan
dapat mengharungi "ujian" yang ada ketika ini.
"Insya-Allah, berkat doa rakyat negeri Melaka, saya percaya Datuk Seri
Najib dan Tan Sri Muhyiddin dan rakan-rakan di peringkat menteri
Persekutuan akan berjaya harungi cubaan dan ujian ini dan Malaysia akan
jadi negara yang maju pada masa depan," katanya lagi.
Jumaat lalu, Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report mendakwa
bahawa hampir AS$700 juta (RM2.6 bilion) wang didepositkan ke dalam
akaun bank peribadi Najib pada 2013.
Susulan itu dakwaan tersebut, Najib menghadapi pelbagai cabaran dan
tekanan termasuk diminta untuk berehat sementara siasatan dijalan
terhadap dakwaan tersebut.
Semalam, Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adanan Tengku Mansor
ketika ditemui media menyeru seluruh ahli Umno supaya bertenang dan
berfikir secara rasional berhubung "serangan" yang dilakukan terhadap
Najib yang juga merupakan Presiden parti itu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment