Sunday, July 26, 2015
Dr Harun Din Berkata.......Haram Makan Duit Hasil Khianat!!!
Wakil Rakyat PAS yang mendukung perjuangan Geng Haprak Baru pimpinan Si
Mat Sabu tu haram menikmati gaji dan elaun masing - masing selepas
mereka tekad dengan keputusan itu.
Kenyataan mengenai fatwa itu adalah menurut Mursyidul Am PAS yang turut
menegaskan kerusi yang dimenangi oleh kesemua wakil rakyat itu adalah
berdasarkan tiket parti Islam itu.
"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung
sedalam-dalamnya kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan
ALLAH.
"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan ALLAH. Lebih-lebih lagi
dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan
jika berlaku pelanggaran bai'ah," katanya seperti dipetik menerusi
laporan akhbar tempatan, hari ini.
Jelasnya, akuan sumpah tersebut telah pun diguna pakai sejak tahun 2004
lagi kepada mana - mana wakil rakyat PAS Kelantan yang mahu meninggalkan
parti Islam tersebut.
"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie
Mahkamah Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan
main-main," katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment