Sunday, July 26, 2015
GBH Semakin Ghairah......Sarawak Bakal Tandingi Kerusi Di Dalam Pilihanraya Akan Datang
Gerakan Harapan Baru (GHB) Sarawak bersedia meletakkan calon pada
pilihan raya negeri akan datang, kata jurucakap gerakan itu, Andri
Zulkarnaen Hamden.
Bekas Ketua Penerangan PAS Sarawak itu bagaimanapun berkata, sama ada
GHB akan bertanding atas tiket parti baharu, parti lain atau Bebas belum
diputuskan.
"GHB Sarawak akan melantik jawatankuasa dalam masa terdekat. Setakat ini
kami telah mengenal pasti figura-figura yang berpotensi dan
berpengalaman bagi menerajui GHB Sarawak.
"Kami yakin DAP dan PKR Sarawak bersedia untuk bekerjasama dengan kami
sebagaimana pendirian DAP dan PKR di peringkat pusat yang secara terbuka
telah menyatakan sokongan padu kepada penubuhan GHB dan parti politik
baharu nanti," katanya.
Tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak ketika ini adalah sehingga Jun 2016.
Andri berkata, sehubungan itu GHB Sarawak sedia bertemu dan berbincang dengan DAP dan PKR Sarawak pada bila-bila masa.
Pada Mac lepas, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen mengumumkan
keputusan DAP negeri untuk keluar daripada Pakatan Rakyat (PR) negeri
kerana kecewa dengan tindakan PAS yang mahu melaksanakan hukum hudud di
Kelantan.
Beliau mendakwa PAS menyeleweng daripada dasar bersama PR apabila berhasrat melaksanakan undang-undang berkenaan.
DAP memiliki 12 daripada 71 kerusi DUN, manakala PAS tidak pernah
memenangi sebarang kerusi pada mana-mana pilihan raya negeri Sarawak.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment