Sunday, July 26, 2015
Penggantungan Permit The Edge Wajar - Ismail Sabri
BERA : Tindakan menggantung permit penerbitan akhbar The Edge
dan The Edge Financial Daily selama tiga bulan berkuatkuasa Isnin ini
disifatkan sebagai satu tindakan wajar dan perlu dikenakan terhadap
media sosial lain yang menyiar laporan menjejaskan keamanan dan
perpaduan negara.
Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata
tindakan keras perlu dikenakan untuk dijadikan sebagai peringatan supaya
tidak ada pihak yang menyalahgunakan hak kebebasan suara di bawah
Perlembagaan Persekutuan.
"Walaupun dalam perlembagaan rakyat ada hak bersuara, tetapi mereka
masih lagi tertakluk kepada undang-undang dan kebebasan itu tidak boleh
dijadikan lesen untuk menyebarkan fitnah, menghasut, sabotaj ekonomi
negara dan bertindak sebagai pengkhianat.
"Jangan disebabkan ada kebebasan semua anggap kebebasan itu tiada
hadnya, kalau semua beranggapan demikian, ia bukan sahaja akan
merosakkan negara dari segi ekonomi, tetapi rusuhan kaum juga boleh
berlaku," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah
terbuka Aidilfitri Parlimen Bera di Dataran Kerayong di sini, Sabtu yang
dihadiri kira-kira 10,000 masyarakat setempat terdiri daripada pelbagai
kaum dan agama.
Majlis turut dihadiri oleh Naib Presiden Umno yang juga Menteri
Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Timbalan Menteri
Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Senator Datuk Seri
Ahmad Bashah Md Hanipah.
Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai tindakan Kementerian
Dalam Negeri menggantung permit The Edge dan The Edge Financial Daily
selama tiga bulan berkuatkuasa Isnin ini.
Tindakan itu diambil berikutan dua laporan yang dikeluarkan oleh akhbar
berkenaan tentang isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) disifatkan
memudaratkan kepentingan awam dan negara.
Katanya tindakan yang lebih tegas wajar diambil seperti membatalkan
permit dua akhbar berkenaan serta mana-mana media yang yang berterusan
menyiarkan laporan menjejaskan ekonomi dan perpaduan negara.
Hishammuddin ketika diminta mengulas perkara yang sama pula berkata,
tindakan keras itu perlu diambil untuk menjaga keselamatan dan
keharmonian negara.
"Media ada tanggungjawab. Jika ada yang dilaporkan menjejaskan
keselamatan dan keharmonian serta tidak benar, kerajaan kena buat
pendirian," katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment