Sunday, July 26, 2015
Panasss Ni....Setiausaha Agong Pas, Takiyuddin dipecat
Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dikatakan dipecat daripada
jawatan Ahli Jawatankuasa (AJK) Pas kawasan Kota Bharu yang diketuai
Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang juga Pengerusi Gerakan Harapan
Baharu (GHB) Kelantan.
Menurut sumber, difahamkan keputusan itu dibuat dalam mesyuarat Pas
kawasan tersebut pada 15 Julai lalu, dua hari sebelum menjelang Hari
Raya Aidilfitri.
Katanya, dalam mesyuarat tersebut, Wan Abdul Rahim dikatakan turut
memecat Pengarah Pilihan Raya Pas kawasan tersebut, Hamid Seman.
“Dalam mesyuarat itu juga, Wan Abdul Rahim dikatakan turut mengumumkan
menyerahkan tugasnya sebagai Yang Dipertua Pas kawasan Kota Bharu kepada
timbalannya, Dr. Rosli Allani Abdul Kadir.
“Penyerahan jawatan ini juga agak pelik dan tidak selari dengan
perlembagaan parti kerana Wan Abdul Rahim tidak meletakkan jawatan atau
dipecat atau dihalang untuk melaksanakan tugasnya sepertimana apa yang
termaktub dalam perlembagaan yang membolehkan beliau menyerahkan tugas
kepada pemangku,” katanya kepada Mingguan Malaysia di sini hari ini.
Pas kawasan ini menjadi perhatian umum apabila mencalonkan Datuk Tuan
Ibrahim Tuan Man sebagai Presiden parti itu untuk menentang Datuk Seri
Abdul Hadi Awang dalam pemilihan baru-baru ini.
Pada masa yang sama, Wan Abdul Rahim yang juga bekas Speaker Dewan
Undangan Negeri (DUN) Kelantan dilihat menjadi tenaga penggerak utama
GHB di negeri ini, malah sebelum gerakan itu dilancarkan beliau dilihat
amat mesra dengan pemimpin DAP biarpun Pas tidak lagi bekerjasama dengan
parti yang berteraskan kaum Cina itu.
Sumber itu berkata, Takiyuddin yang juga Ahli Parlimen Kota Bharu tidak
hadir dalam mesyuarat tersebut manakala Hamid diarahkan keluar sebelum
keputusan itu dibuat.
“Takiyuddin dilantik oleh Wan Abdul Rahim sebagai AJK Pas kawasan
selepas beliau tidak mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Yang
Dipertua Pas kawasan Kota Bharu dalam pemilihan baru-baru ini.
“Hamid merupakan seorang aktivis yang telah lama menyumbang tenaga
kepada parti. Keputusan ini agak pelik kerana pastinya pengalaman
Takiyuddin dan kedudukannya di Pas Pusat amat diperlukan untuk
menguruskan perjalanan parti di kawasan dengan lebih baik,” katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment