Sunday, July 26, 2015
Jurutera’ Cuba Sabotaj Pembinaan Landasan MRT
KUALA LUMPUR - Mass Rapid Transit Corporation Sdn. Bhd. (MRT
Corp) hari ini membuat laporan polis berikutan maklumat palsu tentang
dakwaan keretakan pada konkrit landasan MRT di Lebuh Raya Damansara
Puchong (LDP) yang kini menjadi viral di laman sosial.
Pengarah Komunikasi Strategik dan Perhubungan Awam MRT Corp, Mahmood
Abdul Razak turut menafikan dakwaan tersebut, malah memberitahu
‘keretakan’ itu adalah dua helai jaring yang menutupi landasan kerana
kerja pembinaan sedang dijalankan.
“Ini merupakan sabotaj daripada pihak tertentu kerana individu yang
mengaku jurutera, malah rekod mengenainya dan syarikat juga tidak
dijumpai dalam senarai kontraktor pembinaan MRT.
“Gambar tersebut juga diambil dari sudut bawah supaya lapisan jaring
yang bertemu itu kelihatan seolah-olah retak. Kita percaya pihak ini
cuba menakut-nakutkan orang ramai,” katanya pada pemberita di hadapan
Balai Polis Travers di sini.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment