Friday, July 24, 2015
GHB: Ramai Dah Menjual, PAS Bila Nak Membeli?
EDITOR MENULIS...
24 JULAI 2015
Niat beberapa pemimpin PAS di peringkat
pusat dan negeri mahu keluar dari parti itu untuk mengikut Mat Sabu yang
menubuhkan parti baru, Gerakan Harapan Baru (GHB), sudah diketahui
umum.
Puak-puak liberal awal-awal dah umum
akan ikut Mat Sabu masuk DAP, eh silap GHB. Semalam, beberapa
pesuruhjaya negeri – ada diantara mereka baru dilantik pun lepas
muktamar yang lepas, buat pengumuman akan ikut GHB bila sah jadi parti
politik kelak.
Mat Sabu sendiri pun masih kekal ahli PAS walaupun dia akan jadi Presiden pertama GHB nanti.
Entah kenapa, baik individu yang
berkenaan dan PAS sendiri masih bermain tarik tali dengan tidak ada
mana-mana pihak yang sukarela keluar atau dipaksa keluar walaupun dah
nampak jelas tidak lagi menyokong PAS.
Masing-masing ada alasan, ada yang kata
tunggu PAS buat keputusan, ada kata tunggu bila masuk parti baru
automatik gugur keahlian, ada kata alasan sumpah dan sebagaiya.
Tak tahulah apa yang menghalang. PAS
sendiri pun sebagai sebuah parti, patutnya bila dah tahu ular ada dalam
rumah, nak buat apa simpan ular tu lagi ye tak? Takkan nak tunggu kita
dipatuknya baru nak cari kayu pukul.
Mat Sabu, Kalid Samad kira ularlah semua
tu, biar lagi buat apa? Lemah benarlah PAS ni, hanya berani dengan
UMNO, bila ada hal berlaku dalam rumah tangganya, naik ke atas kerandut
tu semua ya.
Adil tak kalau saya katakan, ini semua
hukuman dari Allah SWT kerana PAS banyak mempermainkan agama sebelum ini.
Sekarang, DAP berjaya pecah belahkan PAS dengan cara cukup licik.
Sejarah dah tak relevan sebab kali ini yang terlibat majoriti ahli
parlimen yang disokong DAP.
Sebab itu dulu bila berpecah, PAS masih selamat, sekarang ni, saya rasa makin melungkup.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment