Friday, July 24, 2015
Hadi Awang BERDOA Mohon Allah Hukum Pengkhianat PAS
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menyelar tindakan
pemimpin Pas yang tewas pada pemilihan lalu untuk menubuhkan sebuah
parti yang baharu dengan mengatakan pemimpin terbabit menyertai Pas
hanya kerana mahukan suatu jawatan dalam parti.
Hadi berkata, pemimpin tersebut sertai Pas bukan untuk memperjuangkan
dan mempertahankan agama, tetapi mahu merebut jawatan dalam parti.
Dalam masa yang sama, Hadi turut memuji ahli parti yang terus setia berjuang walaupun berdepan banyak cabaran.
Hadi berkata, walaupun parti menempuh pelbagai cabaran dengan dianggap
bodoh, miskin mahupun bangsat, mereka ini tetap setia bersama parti
tanpa mengharapkan pangkat, jawatan atau kedudukan dalam parti.
"Bagi yang miskin dan bangsat kerana dipandang hina kebanyakan umum
pula, mereka turut menyumbangkan doa serta tenaga dengan ikhlas tanpa
terlibat dengan pertandingan pemimpin atau meminta menjadi calon dan
jawatan.
"Kesemua mereka tetap dengan pendirian walaupun tidak dipilih dalam
Mesyuarat Agong atau Muktamar. Mereka tidak dicalonkan dalam pilihan
raya dan tidak mendapat projek dan balak, tetapi tidak merajuk dan terus
beristiqamah," kata Hadi.
Justeru itu, Hadi berkata pemimpin yang mahu menubuhkan parti baharu
hanya menjadikan Pas sebagai batu loncatan untuk mendapatkan jawatan dan
pangkat, dan pada penghujungnya parti itu akan terkubur.
"Sesiapa yang mengubah Pas lain daripada ketetapan Allah tersebut pasti tenggelam mengikut ketetapan Allah juga," jelasnya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment