Friday, July 24, 2015

Lim Guan Eng Sedang Ketakutan Dengan Tindakan PAS

Setiausaha DAP, Lim Guan Eng yang mengumumkan hubungan antara DAP dan Pas sudah berakhir, kini dalam keadaan ketakutan apabila Pas tidak kisah dengan keputusan DAP itu, malah terus memberi sokongan terhadap Barisan Nasional (BN).

Dengan nada sindir, Guan Eng mengucapkan tanniah kepada Pas kerana memberi sokongan kepada BN yang dikatakan beliau BN kini berada dalam keadaan goyah.

"Saya mengucapkan tahniah kepada BN kerana mendapat sokongan daripada Pas dan Datuk Seri Abdul Hadi Awang," kata Guan Eng dalam sidang media di George Town semalam.

Seperti umum tahu, Pas mempunyai pengaruhnya yang tersendiri sehingga berjaya menawan negeri di Pantai Timur tanpa bantuan dari DAP mahupun PKR.

Oleh itu, dengan keputusan DAP memutuskan hubungan dengan Pas, DAP berharap barisan kepimpinan Pas tunduk dan merayu kepada DAP agar menarik semula keputusan itu yang membawa pembangkang (Pakatan Rakyat) berjaya menawan 3 hingga 5 buah negeri pada pilihan raya umum lalu.

Bagaimanapun harapan DAP agar melihat barisan kepimpinan Pas tunduk dan merayu tidak menjadi apabila Pas juga sebulat suara memutuskan tahaluf siyasi dengan DAP.

Dengan keputusan Pas memutuskan hubungan dengan DAP, beberapa pemimpin Pas yang tewas pada pemilihan Muktamar lalu telah bersatu menubuhkan parti baharu untuk bersama DAP.

Mampukah DAP menawan pentadbiran kerajaan negeri pada PRU akan datang tanpa bantuan pengundi Pas yang sebelum ini banyak membantu parti demokrasi itu meraih kemenangan??

Mampukah parti baharu 'Gerakan Harapan Baru' (GHB) membantu DAP untuk meraih kemenangan dalam PRU akan datang??

Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment