Friday, July 24, 2015
Ketua Polis Negara Ke Thailand Untuk Bincang Isu Justo Dan PetroSaudi
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar mengadakan pertemuan dengan
rakan sejawatannya bagi mendapatkan maklumat terkini mengenai warga
Swiss, Xavier Andre Justo yang dituduh mengugut bekas majikannya,
PetroSaudi International.
Pihak berkuasa Thailand bagaimanapun belum memutuskan sama ada akan
membenarkan polis Malaysia menyoal siasat Justo, kini dalam tahanan
Thailand, atas alasan Malaysia harus menggunakan saluran sewajarnya bagi
mendapatkan maklumat diperlukan.
Ketua Polis Thailand, Jen Somyot Poompanmoung, selepas pertemuan dengan Khalid, berkata:
“Kami tidak dapat memberi keputusan atau jawapan hari ini, tentang sama
ada membenarkan (Polis Malaysia menemuramah Justo) kerana kami perlu
tahu sebab dan keperluannya, dan sama ada ia berkait dengan kes
berkenaan.”
“Jika sekalipun kebenaran diberikan, kami perlu juga mempertimbangkan
apa yang polis Malaysia boleh dan tidak boleh lakukan oleh kerana Justo
bukan warga Malaysia dan tidak melakukan kesalahan di Malaysia,”
katanya.
Somyot berkata polis Thai perlu menyelesaikan siasatannya dahulu.
Katanya, Justo berkemungkinan didakwa atas percubaan mengugut. Khalid ke
Bangkok atas lawatan tidak rasmi dan mengadakan pertemuan selama
50-minit dengan Somyot pada jam 2 petang.
Somyot berkata Khalid ‘tidak mahu menyebabkan polis Thai merasa tidak
selesa’ dan beliau memahami situasi kerana Justo warga Swiss bukan
Malaysia. Lagipun, suspek tidak melakukan sebarang kesalahan di
Malaysia.
“Jika polis Thai membenarkan polis Malaysia menemui Justo, ini akan dikecam oleh kerajaan Switzerland.
“Pegawai-pegawai Switzerland terlibat dalam kes berkenaan dan telah
menghubungi polis Thai, serta menyediakan seorang peguam dan beberapa
bantuan lain kepada Justo,” kata Somyot.
Dipetik daripada sumber : TRP
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment