Sunday, July 26, 2015
Giler Kuasa.....Tiga Wakil Rakyat Mahu Masuk GHB Perlu Kosongkan Kerusi : PAS Selangor
BANGI : Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Anggota
Parlimen dari PAS yang berhasrat meninggalkan parti bagi menyertai
Gerakan Harapan Baru (GHB) perlu mengosongkan kerusi yang dimenangi
terlebih dahulu, kata Setiausaha PAS Selangor, Mohd Khairuddin Othman.
Beliau berkata ini kerana kerusi berkenaan ditandingi dan dimenangi atas tiket PAS, lapor Bernama semalam.
“Mengapa terlalu lama untuk isytiharkan diri keluar dari PAS? Kenapa
perlu berselindung?” katanya dalam kenyataan mengulas laporan sebuah
akhbar berbahasa Inggeris yang menyebut tiga wakil rakyat Selangor
dikatakan menjadi sebahagian daripada GHB.
ADUN Morib, Hasnul Baharuddin; ADUN Hulu Klang, Saari Sungib; dan
Anggota Parlimen Kota Raja Siti Mariah Mahmud, dilapor berkata mereka
adalah sebahagian daripada GHB yang diuar-uar akan menggantikan PAS
dalam Pakatan Pembangkang.
Bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu minggu lepas mengumumkan
penubuhan GHB yang terdiri daripada pemimpin kanan PAS yang gagal dalam
pemilihan parti bulan lepas.
GHB yang telah mengemukakan permohonan pendaftaran sebagai sebuah parti
politik, dilihat sebagai pengganti PAS dalam gabungan pembangkang
Pakatan Rakyat selepas DAP dan PAS memutuskan hubungan. Rakan kongsi
ketiga dalam Pakatan Rakyat ialah PKR.
Mohd Khairuddin yang juga ADUN Paya Jaras berkata PAS Selangor
menyerahkan sepenuhnya kepada PAS pusat berhubung tindakan yang bakal
diambil terhadap wakil rakyat parti itu yang berpaling tadah.
Saari dan Hasnul masih lagi digantung keahlian PAS kerana melanggar
perintah parti apabila menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail
sebagai calon Menteri Besar Selangor ketika krisis di negeri itu pada
Oktober tahun lepas.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment