Sunday, July 26, 2015
Lelaki Bogel Di Jalan TAR...
KUALA LUMPUR : Orang ramai yang keluar untuk menikmati makan tengah hari
dikejutkan dengan kehadiran seorang lelaki berjalan dalam keadaan bogel
di Jalan Tuanku Abdul Rahman.
Dipercayai lelaki itu berjalan tanpa tujuan di jalan yang sibuk selama
setengah jam pada waktu tengah hari sebelum orang ramai memberikannya
pakaian.
Gambar lelaki bogel berkenaan menjadi viral di media sosial.
Polis peronda gagal menemui lelaki bogel berkenaan selepas mereka diberitahu mengenai kejadian itu.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Dang Wangi, Timbalan Supt M. Gunalan
berkata polis menyedari kejadian itu walaupun tiada laporan dibuat.
Katanya polis masih mencari lelaki itu.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment