Wednesday, July 08, 2015

Guan Eng Isytihar PAS Kini Musuh Ketat DAP

Setiausaha Agung DAP,Lim Guan hari ini memaklumkan Pas kini menjadi musuh utama DAP, susulan terdapat pemimpin Pas yang mahu menyaman kerajaan DAP Pulau Pinang kerana memecat wakil parti Islam itu dari pentadbiran kerajaan negeri.

Guan Eng berkata, tindakan Pas untuk mengambil tindakan undang-undang itu jelas menunjukkan mereka bukan lagi rakan sebaliknya menjadi musuh kepada kerajaan DAP Pulau Pinang.

Katanya, jika Pas mahu ambil tindakan undang-undang terhadap kerajaan negeri, maka parti itu sudah menjadi seperti pihak lawan

Oleh itu, Guan Eng memaklumkan Pas kini menjadi musuh utama DAP berbanding Barisan Nasional (BN).

"Ini jelas menunjukkan bahawa ia tidak lagi ada hubungan dengan DAP," kata Guan Eng dalam sidang akhbar di Georgetown hari ini.

Guan Eng yang mengulas mengenai tindakan undang-undang yang dikenakan terhadap dirinya berkata beliau tidak takut dengan ancaman pemimpin terbabit dan akan meneruskan proses saman ini untuk dibawa ke mahkamah.

"Kita akan bertemu mereka di mahkamah," katanya.

Tambah Guan Eng, beliau berasa terkilan dengan perubahan sikap Pas yang diterajui muka-muka baharu.

Guan Eng berkata, beliau terkejut dengan kepimpinan Pas yang baru mengambil alih telah membawa usul memutuskan hubungan dengan DAP pada muktamar lalu dan meluluskannya.

Disebabkan keputusan Pas tersebut, DAP sebagai peneraju kerajaan negeri Pulau Pinang telah memutuskan untuk memecat ahli-ahli Pas dari jawatan kerajaan negeri.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment