Wednesday, July 08, 2015
Mahathir Serang FELDA Pulak.. Pertikai Isa Samad Jadi Pengerusi
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dalam satu kunjungan
Persatuan Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK), mempertikaikan lantikan Tan
Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda.
Menurut Mahathir, Isa yang merupakan bekas Naib Presiden Umno pernah
dibuang dari Kabinet kerana mengamalkan politik wang ketika Pemilihan
Umno.
Tetapi hari ini, beliau hairan bagaimana seorang pemimpin yang mempunyai
rekod tidak bersih dilantik oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak
menjadi Pengerusi Felda.
"Tun hairan kenapa Najib lantik Tan Sri Isa Samad jadi Pengerusi Felda,
sedangkan Isa telah dibuang Kabinet atas kesalahan salah laku dan
politik wang," kata Mahathir.
Selain itu, Mahathir turut mempertikai pelaburan yang dilakukan oleh
syarikat Felda untuk menjamin masa depan dengan mengatakan pelaburan
yang dilakukan oleh syarikat terbabit hanya mendatangkan kerugian.
Beliau juga mendakwa wujudnya penyelewangan dalam pelaburan syarikat tersebut demi kepentingan peribadi.
"Kenapa FGV buang duit beli hotel, kilang dan melabur di luar Negara
sedangkan ruang dan peluang masih terbuka luas di negara sendiri.
"Beli aset pula dengan harga tinggi untuk ambil kesempatan peribadi,"
kata Mahathir yang mempertikai lantikan Isa sebagai pengerusi Felda.
Apa yang dilakukan oleh perdana menteri, pasti akan dikritik hebat oleh
Mahathir. Ada saja yang tak kena dengan tindak-tanduk Najib.
Come on lah Mahathir... zaman kamu sudah tamat... hentikan kritikan kamu
yang merosakkan pandangan rakyat terhadap Najib. Beri Najib peluang
untuk beliau mentadbir negara dengan caranya sendiri. Jangan hanya
memikirkan kepentingan peribadi sehingga sanggup melontarkan fitnah
kepada perdana menteri.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment