Wednesday, July 08, 2015
Semua Ahli UMNO Diseru Sokong Presiden Parti.. - Tengku Adnan
Dengan pelbagai tuduhan yang dilemparkan kepada Datuk Seri Najib Razak,
Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Andan Tengku Mansor hari ini
menggesa anggota parti untuk bertenang dan terus memberi sokongan kepada
Perdana Menteri.
Adnan yang lebih dikenali sebagai Ku Nan berkata, beliau berharap
anggota Umno dapat bertenang dan tidak mudah terpengaruh dengan pelbagai
tuduhan yang dilontarkan oleh mereka yang menangguk di air keruh
terhadap Presiden Umno.
"Usahlah kita terpengaruh dengan pelbagai manipulasi dan provokasi yang
dilontarkan oleh mereka, malah sikap mereka yang gemar menangguk di air
keruh juga perlu kita awasi," kata Ku Nan.
Ku Nan berkata, dalam masa ini pihak pembangkang sepastinya berusaha
mengambil peluang cuba merobohkan perpaduan yang telah dibina oleh Umno
selama ini.
Oleh itu, Ku Nan berharap anggotanya supaya terus berwaspada dan tidak
cepat terpengaruh dengan provokasi yang cuba dibangkitkan oleh pihak
pembangkang.
Selain itu, Ku Nan berharap anggota Umno dapat terus berpegang teguh
kepada matlamat perjuangan parti dan memastikan demokrasi terus subur.
"Kita perlu sedar dalam keadaan kita hari ini tentunya kita perlu terus
waspada dan tidak alpa kerana pihak lain khususnya pembangkang sentiasa
mencari ruang dan peluang bagi merobohkan perpaduan dan kesatuan yang
menjadi benteng kita selama ini," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment