Wednesday, July 08, 2015
Najib Mulakan Proses Perundangan Terhadap WSJ
PM Ambil Langkah Pertama Tindakan Undang-undang Terhadap WSJ
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengambil langkah pertama
tindakan undang-undang terhadap The Wall Street Journal berkaitan
artikel yang mendakwa Perdana Menteri menyelewengkan hampir US$700 juta
daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Bertindak bagi pihaknya ialah Tetuan Hafarizam Wan & Aisha
Mubarak yang menghantar surat hari ini kepada Dow Jones, penerbit WSJ,
meminta pengesahan tentang pendiriannya berkaitan dakwaan dalam
artikel-artikel itu yang disiarkan pada 2 dan 6 Julai.
Mereka berkata artikel-artikel itu mengandungi “a plethora of
convoluted, scumlous and vague allegations against our client” (pelbagai
tuduhan yang berbelit, ofensif dan kabur terhadap anak guam kami).
“Dalam hal ini, kami diarahkan oleh anak guam kami untuk mendapatkan
pengesahan sama ada ini adalah pendirian kamu seperti yang dinyatakan
dalam artikel-artikel itu bahawa anak guam kami menyelewengkan hampir
US$700 juta daripada 1Malaysia Development Berhad”.
Para peguam itu berkata artikel-artikel berkenaan “mencadangkan
secara kolektif bahawa kamu tidak pasti akan ‘sumber asal wang itu dan
apa yang terjadi terhadap wang berkenaan’ sementara dari satu segi,
intipati keseluruhan artikel-artikel itu mencetuskan tanggapan jelas
anak guam kami telah menyelewengkan kira-kira US$700 juta milik 1MDB”.
“Dalam keadaan ini dan demi kepentingan anak guam kami, kami berharap
akhbar kamu yang terkemuka dan bertaraf antarabangsa untuk tanpa
ragu-ragu menyatakan dengan jelas sama ada adalah pendirian kamu yang
anak guam kami telah menyelewengkan kira-kira US$700 juta milik 1MDB,”
kata mereka dalam surat itu yang dihantar menerusi e-mel.
“Kamu tidak syak lagi mengetahui betapa seriusnya tuduhan-tuduhan itu
terhadap anak guam kami dalam artikel-artikel berkenaan dam pengesahan
ini diminta bagi membolehkan kami menasihatkan anak guam kami tentang
langkah undang-undang yang beliau boleh ambil untuk mendapatkan keadilan
berhubung penerbitan artikel-artikel itu.
Para peguam itu menuntut jawapan kepada surat berkenaan dalam tempoh 14 hari mulai hari ini.
Mereka juga meminta untuk diberitahu sama ada WSJ telah melantik
peguam dalam Malaysia untuk menerima khidmat prosiding undang-undang
bagi pihaknya dan pemberita yang menulis artikel-artikel itu “jika
prosiding undang-undang menjadi perlu.”
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment