Wednesday, July 08, 2015
Laporan Palsu WSJ Antara Punca Iraq Diserang
Perkembangan muktakhir dalam soal fitnah
Wall Street Journal (WSJ) ke atas Perdana Menteri, peguam beliau telah
memulakan tindakan undang-undang terhadap akhbar tersebut hari ini.
Laporan itu bukan setakat palsu malah
cuba membodoh-bodohkan seorang Perdana Menteri Malaysia. Apa cikai
sangat ke Perdana Menteri kita nak masuk ‘duit songlap’ dalam akaun
sendiri – kalau betullah Perdana Menteri ada songlap duit?
Bodoh betul siapa yang percaya kepada laporan itu.
Cakap pasal percaya, penulis hairan
kenapa WSJ dengan reputasi buruk ini menjadi kitab rujukan penyokong
pembangkang, terutama yang beragama Islam. Asal ada kait-kait dengan
Perdana Menteri saja, cepat dah angkat dakwaan itu betul padahal, apa
pun tak terbukti lagi.
Satu lagi, rakyat Malaysia jangan lupa
bahawa dosa WSJ ini kepada rakyat Iraq dan ketamadunan
manusia keseluruhannya adalah begitu besar sekali.
Dek kerana satu laporan akhbar tersebut
pada tahun 2003 kononnya Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran
(WMD), menjadi antara punca negara itu terjebak ke kancah huru hara
sehingga sekarang.
Artikel yang ditulis oleh Judith Miller
itu turut menjadi bahan propaganda paling berkesan oleh pentadbiran
George Bush pada waktu itu untuk mewajarkan serangan ke atas Iraq kerana
kononnya Saddam akan menggunakan WMD ini untuk membahayakan dunia.
Di akhirnya, beratus ribu rakyat Iraq
mati, negara itu berpecah belah sehingga kini, Saddam pun digantung
sampai mati tapi WMDnya tidak dujumpai juga!! Hujah WSJ untuk
mempertahankan dakwaan mengenai wujudnya WMD di Iraq pada ketika itu
sama macam sekarang – kononnya ada maklumat dari sumber yang sahih,
walhal apa pun takdak.
Oleh itu berhentilah mempercayai laporan
WSJ ni. Tak payah tunggu lama, dokumen yang mereka dedahkan semalam,
satu pun tak menunjukkan dengan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak
terlibat sebab tak terdapat nama beliau dimana-mana, belum pertikai
sahih ke tidak lagi dokumennya tu.
Lagipun tindakan undang-undang dan siasatan oleh pasukan petugas khas sedang berjalan, tunggu sajalah keputusan.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment