Wednesday, July 08, 2015
Nenek Rasis : Pengajaran Berguna Buat Guan Eng Agar Tidak Angkuh Dan Celupar
8 Julai 2015, Nibong Tebal : Ketua Pemuda UMNO Pulau Pinang, Rafizal Abdul
Rahim menyifatkan kekalahan Setiausaha Agung Dap yang belum disahkan
jawatan, Lim Guan Eng di dalam kes saman Ketua Pembangkang Negeri itu,
Datuk Jahara Hamid sebagai satu pengajaran kepada semua pihak agar
jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan berbaur fitnah.
Jelasnya, kekalahan tersebut juga seharusnya memberi pengajaran
kepada Guan Eng selaku Ketua Menteri agar lebih menghormati serta jangan
memandang rendah kepada orang lain.
“Inilah akibatnya kalau bermulut lancang dan fikir diri kebal dari
sebarang tindakan undang-undang. Keputusan mahkamah ini juga merupakan
satu pembelaan kepada semua Adun Barisan Nasional (BN) di Pulau Pinang.
“Kita tahu, Adun BN sering diperlekehkan di negeri ini maka
kemenangan ini adalah pembelaan maruah Adun BN,” ujarnya kepada
UMNO-Online.
Tambah beliau, pemimpin pembangkang memang terkenal dengan sikap suka
menghina dan mencela orang lain terutamanya pemimpin daripada BN. Namun
dek kerana sikap lembut hati, celaan demi celaan didiamkan sahaja.
“Pemuda berharap, kemenangan ini akan dijadikan contoh kepada
pemimpin BN yang lain. Kita tidak perlu lagi memberi muka kepada
pembangkang yang sering memijak maruah kita.
“Sudah sampai masa kita bertindak dan keluar daripada sifat mengalah dan berdiam diri,” katanya.
Lim Guan Eng diarah membayar sebanyak RM500,000 kepada Jahara sebagai
ganti rugi kerana menggelar beliau sebagai nenek rasis ketika
mengadakan sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) pada
10 Disember 2013.
Gelaran itu dibuat Guan Eng kerana Jahara dikatakan cuba
membangkitkan isu perkauman apabila menuduh kerajaan DAP Pulau Pinang
hanya mengambil tindakan terhadap peniaga Melayu.
Hakim Mahkamah Tinggi Pulau Pinang, Datuk Nordin Hassan yang membuat
keputusan itu turut mengarahkan Guan Eng membayar kos guaman sebanyak
RM40,000 berserta faedah sebanyak lima peratus.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment