Sunday, July 26, 2015
Haram Gaji Dan Elaun Wakil Rakyat PAS Yang Sokong GHB
SHAH ALAM : Haram gaji dan elaun wakil rakyat PAS yang mendokong
perjuangan Gerakan Harapan Baru (GHB), kata Mursyidul Am PAS, Datuk Dr
Haron Din.
Ini berikutan keistimewaan yang mereka nikmati itu diperolehi selepas memenangi pilihan raya, atas tiket PAS.
Haron juga mengingatkan kesemua mereka mengenai lafaz bai'ah yang dilafaz sewaktu menerima perlantikan sebagai wakil rakyat PAS.
"Saya menasihatkan pihak yang berbai'ah supaya merenung sedalam-dalamnya
kehendak bai'ah itu kerana mereka berbai'ah dengan Allah.
"Jika berlaku khianat, mereka khianat dengan Allah. Lebih-lebih lagi
dalam bai'ah yang menyebut soal elaun dan gaji kerana ia haram dimakan
jika berlaku pelanggaran baiah," katanya seperti dilaporkan akhbar
Berita Harian, hari ini.
Semalam, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yaakob mengesahkan
kewujudan akuan bersumpah bai'ah talak 3 yang perlu dilafazkan setiap
wakil rakyat Kelantan sekiranya menyertai parti lain.
Katanya, akuan bersumpah itu diguna pakai sejak 2004 lagi kepada
mana-mana wakil rakyat Kelantan jika mahu meninggalkan parti Islam
tersebut.
"Ba'iah itu memang betul. Seperti dinyatakan Ketua Hakim Syarie Mahkamah
Syariah Kelantan Datuk Daud Muhammad. Perkara ini bukan main-main,"
katanya seperti dilaporkan Sinar Harian.
Daud sebelum ini berkata, mana-mana individu yang melafazkan dan
melanggar sumpah dengan menyertai parti lain, maka perlu membuat
pengesahan di Mahkamah Syariah kerana lafaz talak yang diikrarkan itu
adalah sah.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment