Thursday, July 09, 2015

Hadi Awang Beri Amaran Pada Ahli PAS Yang Niat Keluar Parti.

Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang, hari memberi peringatan kepada ahlinya termasuk kumpulan pemimpin progresif yang menggelarkan diri mereka G18 supaya tidak menyertai mana-mana parti lain atau keahlian mereka akan dilucutkan.

Hadi berkata, Pas tidak menghalang mana-mana ahlinya untuk menubuhkan parti baharu, tetapi perlu diingatkan mereka tidak boleh menyertai mana-mana parti kerana mereka masih merupakan ahli Pas.

Tambah Hadi, bagi ahli yang menubuhkan parti baru dan berhasrat meninggalkan Pas, mereka perlu melihat kembali sejarah pemimpin yang meninggalkan Pas dengan menubuhkan parti yang baru.

Menurut Hadi, kesemua parti baharu yang ditubuhkan oleh bekas pemimpin yang tewas kesemuanya tidak berkekalan.

"Tetapi kita kena ingat sejarah politik dan penubuhan parti di negara ini bagaimana nasib parti berkenaan setelah ia diasas kerana kecewa," kata Hadi.

Hadi yang mengulas lebih lanjut mengenai penubuhan parti baharu berkata, penubuhan parti Islam baharu mestilah atas sifat memperkukuhkan perjuangan Islam, bukan kerana sifat kecewa dan tidak puas hati.

"Sebagai sebuah parti Islam yang baharu perlu ada asas Islam, bukan kerana tidak puas hati terhadap parti yang didukungi. Kita keluar dan buka lagi parti baharu dan begitulah seterusnya," katanya.

Pemimpin Pas yang tewas seperti bekas timbalan presiden Pas, Mohamad Sabu, bekas Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub, bekas Ketua Pemuda Pas Suhaizan Kaiat pada pemilihan Muktamar lalu telah membentuk sebuah parti baharu yang dikenali G18.

Dikhabarkan, nama G18 telah ditukar kepada nama Gerakan Harapan Baharu dan difahamkan selepas Hari Raya Aidillfitri ini mereka akan membentuk sebuah parti politik baharu untuk bekerjasama dengan Pakatan Rakyat 2.0.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment