Tuesday, July 07, 2015
Ini Cerita Sebenarnya.....Kebiadapan DAP Punca 'Serangan' Tercetus
6 Julai 2015, Johor Baharu : Insiden provokasi ke atas beberapa pemimpin DAP
disifatkan sebagai tindakan balas dari masyarakat setempat yang sudah
hilang sabar terhadap pemimpin parti itu yang selama ini bersikap
'lantang' terhadap kerajaan.
Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsolbari Jamali berkata, penganjur
program, tetamu dan pendengar yang hadir wajar mengambil iktibar dari
insiden yang berlaku.
"Apa yang berlaku menunjukkan setiap tindakan ada reaksi. Setiap orang
menilai dalam konteks yang berbeza.. ada yang memberi tindak balas baik
atau tidak baik.
"This is Johor. Mereka perlu terima realiti bahawa tidak semua orang
suka dengan apa yang kita buat," katanya kepada Sinar Harian.
Dalam pada itu, beliau turut menegaskan insiden yang berlaku tiada
kaitan dengan Badan Perhubungan Umno Johor sebaliknya ia adalah tindak
balas masyarakat setempat yang tidak berpuas hati terhadap parti itu.
"Kita bukan jenis parti yang suka buat provokasi sebab itu ada pihak cuba buli kita.
"Dalam perkara ini tidak timbul isu perkauman atau agama. Tetapi orang
melihat dari pelbagai sudut tentang penganjuran program yang dijalankan
itu," katanya.
Terdahulu, Forum Kedai Kopi DAP Bersama Masyarakat Sabah dan Sarawak di
Taman Megah Ria, Pasir Gudang, semalam yang dihadiri Penasihat DAP, Lim
Kit Siang bertukar kecoh selepas diserbu kira-kira 100 individu.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment