Tuesday, July 07, 2015
Lagi RAFIZI Buat Tuduhan......Naib Ketua Pemuda UMNO Nafi Terlibat Urusan Beli Hartanah MARA di Australia
Lepas seorang ke seorang jadi sasaran ‘master dedah’ PKR,Rafizi
Ramli.Kini nama Naib Ketua Pemuda UMNO,Khairul Azwan Harun pula cuba
dikaitkan dengan isu pembelian hartanah pada harga yang lebih oleh MARA
di Australia.
Terkejut dengan dakwaan itu,Khairul Azwan menegaskan beliau tidak
terlibat langsung dalam urusan belian hartanah 746 Swanston Street di
Melbourne itu pada Ogos 2012.
Ketika ditemui wartawan di Kuala Lumpur Isnin beliau kata dakwaan itu
adalah fitnah dan desak Setiausaha Agung PKR itu memohon maaf.
Khairul Azwan kata beliau akan ambil tindakan tindakan undang-undang jika Rafizi tidak berbuat demikian.
Rafizi dakwa beliau merupakan pengerusi Biosis Group Berhad yang
bersama-sama Optimus Capital Sdn Bhd ada main peranan dalam pembelian
hartanah berkenaan.
Kaitan itu didakwa hanya kerana seorang pengarah eskutif Optimus yang
terlibat dalam urusan belian itu juga adalah pengarah bukan eskutif
dalam Biosis.
Dari sini nampak seolah andaian dan serkap jarang sahaja nama Khairul dikaitkan.
Mara Inc didakwa isytihar belian hartanah itu pada harga RM 138.6
juta.Namun dakwa Rafizi berdasarkan data dari satu laman web hartanah ia
dibeli pada harga RM75 juta.Dakwanya baki RM63 juta lagi yang
diluluskan oleh MARA tidak diketahui hilang mana.
Beliau dakwa ada tiga orang termasuk dua dari kalangan pimpinan Pemuda
UMNO ada main peranan dari belakang dalam urusan belian itu dan
dipercayai mendapat faedah darinya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment