Monday, July 13, 2015

Insiden Lowyat & Fitnah WSJ Ada Persamaan Yang Nyata

lowyat
EDITOR MENULIS...
13 JULAI 2015

Sebaik pihak polis mengesahkan bahawa kejadian yang membawa kepada rusuhan di Plaza Lowyat kelmarin adalah berpunca dari kes curi, bukan kes menipu seperti yang diwar-warkan sebelumnya, momentum netizen kembali kepada fitnah WSJ ke atas Perdana Menteri, sambung kutuk, maki dan fitnah seperti biasa.

Mentang-mentanglah sukar kawan tu nak melawan balik, beranilah nak tunjuk handal.

Tak sedar bahawa kedua-dua kes itu sebenarnya sama – berita belum sahih. Perincian tu lainlah (satu kes curi, satu kes konon masuk berbilion ringgit dalam akaun peribadi), tapi pokoknya, kes itu sama saja dari segala segi.  Patut insaflah bila dah terkena (dalam insiden Lowyat), tapi makin menjadi-jadi.

Orang kita patut belajar untuk tidak lagi menerima bulat-bulat semua dakwaan dalam media sosial yang tidak ditentukan kebenarannya.  Hanya kerana yang dituduh itu Perdana Menteri dan yang menuduh itu bekas Perdana Menteri (menggunakan media asing sebagai platform), tak bermaksud benar tuduhan tu.

Ambil iktibar dalam kes Lowyat, bagaimana cerita yang dipusing-pusing, ditokok tambah tanpa usul periksa membawa kepada ejek mengejek, hina menghina dan sebagainya, telah mengakibatkan kepada kejadian yang hampir mencetuskan kepada ketegangan lebih besar di kalangan sesama kita rakyat Malaysia.

Dalam hal fitnah WSJ ini juga sama. Kita boleh kehilangan seorang pemimpin yang hebat, dekat dengan rakyat (bukan kroni) seperti Datuk Seri Najib Tun Razak, hanya kerana percaya berita-berita tidak sahih yang disebarkan pihak-pihak tertentu melalui media sosial.

Rasa macam handal sebab kononnya melawan penyamun, rupanya termakan dakyah luar yang tak mahu lihat Malaysia dipimpin orang hebat seperti Najib – hebatlah tu, kalau tidak, takkan begitu sekali usaha dan konspirasi peringkat tinggi diadakan untuk menyingkirkan beliau.

Diakhirnya, menang kokok, kampung tergadai.

Justeru, sekalipun kejadian di Lowyat ini pahit, tapi kebaikannya tetap ada. Ia berjaya mendedahkan sisi hitam dalam kebebasan media yang dijulang sebagai terlalu agung oleh banyak pihak, terutama dari parti pembangkang.  Sekarang tahulah apa yang akan terjadi bila kebebasan bersuara tidak dihadkan.

Syabas saya ucapkan kepada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan agensi-agensi keselamatan lain yang berjaya memastikan keamanan di negara kita secara keseluruhannya terus terjamin.

Disediakan oleh :
https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEgSI-ooHmHkZzsfcfIFf8wfj-aKCCBtq35Mq6rjZR1LeAdMt-aERslAmAQCKm5YsI42zPCZ_WkbvsOC4LMzJNTHquTvW832prf0E0Ntv18uQQJX5UUnrIJrw4PI_5Qq0XZyvS9ZyCjkBFX4/s1600/Debat+01.jpg
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban

No comments:

Post a Comment