Monday, July 13, 2015
Konspirasi Jatuhkan PM
Polis tidak menolak kemungkinan wujud konspirasi
untuk melumpuhkan proses demokrasi dan menjatuhkan Perdana Menteri,
berikutan perbuatan jenayah membocorkan dokumen rahsia kepada warga
asing.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata perbuatan jenayah
ini sangat serius dan meningkatkan implikasi terhadap keselamatan
negara.
Beliau berkata peguam negara telah mengarahkan siasatan penuh
dijalankan terhadap kebocoran dokumen rahsia itu, bahan yang dikatakan
daripada siasatan kerajaan Malaysia yang tidak bernama, ke atas
1Malaysia Development Berhad (1MDB).
“Selain itu, Polis Diraja Malaysia juga menerima laporan polis yang
berkaitan dengan hal ini.
Justeru, kami berkewajipan menjalankan
siasatan penuh dan bebas,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, ini termasuk menyiasat kesemua anggota Pasukan
Tindakan Khas, merangkumi kakitangan Bank Negara, bagi menegakkan
integriti siasatan dan kepercayaan dalam sistem kewangan Malaysia,”
katanya.
“Kebocoran maklumat, sama ada maklumat itu dipalsukan atau
sebaliknya, boleh menyebabkan kesalahan di bawah Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 (Seksyen 133, 248, 249 dan 250), Akta Perkhidmatan
Kewangan Islam 2013 (Seksyen 145), Akta Rahsia Rasmi 1972 (Seksyen 3, 4,
7A, 7B, 8, 11 dan 14), Kanun Keseksaan melibatkan seksyen di bawah Bab
XL untuk keterangan palsu dan direka-reka serta jenayah fitnah pada
Seksyen 499 hingga 502.
“…dan ia boleh menjadi sabotaj ekonomi terhadap Malaysia. Sesiapa
yang didapati bersalah membocorkan atau memalsukan dokumen berkenaan
akan berhadapan dengan kuasa penuh undang-undang,” katanya.
Khalid berkata, tujuan siasatan polis itu adalah untuk mengenal pasti
mereka yang membocorkan bahan itu, dan menentukan sama ada dokumen itu
asli atau dipalsukan, seperti dalam kes Xavier Justo, bekas eksekutif
PetroSaudi International (PSI) yang disiasat pihak berkuasa Thailand
mengenai dakwaan peras ugut dan pemerasan.
Polis Thai dilaporkan menahan Justo pada 24 Jun lepas kerana didakwa
cuba memeras ugut PSI, sebuah syarikat antarabangsa berpangkalan di Arab
Saudi, yang telah menarik perhatian Malaysia kerana dikaitkan dengan
1MDB.
Dipetik daripada sumber : BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment