Tuesday, July 07, 2015
Isu Najib: Ini Pendirian Haji Hadi...Turut Menyokong PM....Alhamdulilah
Selepas Mursyidul Am PAS Datuk Dr Haron Din yang menyifatkan dakwaan
media asing Wall Street Journal (WSJ) tidak logik dan wajar disiasat
sebelum percaya, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang pula tampil
dengan hujah yang sama.
Kedua-dua pemimpin Islam itu menegaskan sebarang tuduhan dan dakwaan
salah laku yang dilemparkan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak perlu berasas dan dikemukakan saksi.
Menurut Abdul Hadi, Najib bukannya malaikat tetapi manusia biasa dan
tuduhan yang dilemparkan mestilah dikemukakan saksi yang mengesahkan
dakwaan itu.
“Pendirian kita pendirian Islam. Kalau tuduhan kes liwat Datuk Seri
Anwar Ibrahim kena ada empat saksi, sama juga dengan tuduhan ke atas
Najib, kena ada saksi juga…saksi yang adil.
“Kita ikut asas Islam, sikap yang baik kita sokong, yang tidak baik kita
tentang,” katanya ketika ditemui selepas menunaikan solat terawih di
majlis ‘Madinah Ramadhan’ di Kota Bharu Isnin malam.
Abdul Hadi diminta mengulas mengenai kenyataan Mursyidul Am PAS, Datuk
Dr Haron Din pada Ahad yang dilihat mempertahankan Perdana Menteri
daripada skandal terkini susulan pendedahan Wall Street Journal (WSJ)
mengenai aliran wang 1Malaysia Development Berhad (1MDB) bernilai
berbilion ringgit ke dalam akaun peribadi beliau.
Dr Haron telah menyifatkan dakwaan WSJ itu sebagai “tidak logik” dan menggesa siasatan dilakukan terlebih dahulu.
Katanya, jika seseorang individu hendak mengambil dana awam untuk tujuan
tertentu, dia akan menggunakan akaun sulit dan bukannya menerusi akaun
peribadi.
Jumaat lalu, WSJ memetik dokumen siasatan ke atas syarikat sarat hutang
tersebut oleh pihak berkuasa Malaysia, yang menunjukkan berbilion
ringgit dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib pada 2013.
Najib menafikan dakwaan itu dan kini berdepan gesaan supaya mengundur diri bagi membolehkan siasatan telus dilakukan.
Sebuah pasukan khas yang disertai Peguam Negara, Polis Diraja Malaysia
(PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ditubuhkan bagi
menyiasat dakwaan WSJ.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment