Tuesday, July 07, 2015
Jahatnya....Demonstrasi Tuntut Penjelasan PM - Pembangkang
Kuala Lumpur : Pembangkang dan badan bukan kerajaan (NGO) akan mengadakan
demonstrasi besar-besar dalam masa terdekat bagi menuntut penjelasan
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan
penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan
dengan beliau.
Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, demonstrasi itu juga
sebagai desakan kepada perdana menteri supaya meletak jawatan atau
sekurang-kurangnya bercuti bagi membolehkan isu itu disiasat.
"Saya rasa suara-suara itu kuat sekarang. Dengan mesyuarat hari ini,
Perdana Menteri tak boleh lagi menafikan atau berdolah-dalih dalam hal
ini.
"Jika beliau berdolak-dalih, demonstrasi akan diadakan secara
besar-besaran. Saya tidak nafikan perkara ini akan diadakan," katanya
kepada pemberita selepas mesyuarat tergempar pembangkang dan NGO di
padang kawat Parlimen di sini, Selasa.
Loke berkata demonstrasi yang akan melibatkan pelbagai parti politik,
NGO, gerakan mahasiswa itu diadakan untuk memperjuangkan kepentingan
rakyat.
"Demonstrasi itu bukan demi kepentingan mana-mana parti tapi lebih kepada gerakan rakyat " katanya.
Terdahulu, seramai 100 Ahli Parlimen dan NGO berkumpul di padang kawad
Parlimen bagi mesyuarat mengenai pendedahan agensi berita antarabangsa
Wall Street Journal (WSJ) berhubung dakwaan sejumlah besar dana 1MDB
disalurkan ke dalam akaun peribadi Najib.
Najib bagaimanapun telah menafikan penemuan WSJ pada Jumaat, dengan
menyatakan bahawa ia adalah muslihat politik oleh lawan-lawannya untuk
menjatuhkan seorang Perdana Menteri yang dipilih secara demokratik.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment