Tuesday, July 07, 2015
Senang Saja Minta Maaf ....Servcorp Mohon Maaf Berhubung Iklan Wombat
Petaling Jaya : Syarikat yang berpangkalan di Australia, Servcorp memohon
maaf kerana menggunakan haiwan jenis wombat pada papan iklan elektronik
di Bukit Bintang apabila ramai tersilap anggap bahawa ia merupakan
seekor khinzir.
Syarikat itu menerusi kenyataan di Facebook membuat permohonan maaf
sekiranya menimbulkan kekeliruan akibat menggunakan seekor wombat dalam
iklan elektronik di Kuala Lumpur.
"Servcorp merupakan sebuah syarikat Australia dan menggunakan Wombat
sebagai maskot syarikat - wombat itu merupakan seekor anak beruang kecil
berbulu seperti haiwan yang tergolong dalam keluarga beruang koala.
"Ia kelihatan seolah-olah segelintir orang tersilap anggap bahawa ia
merupakan seekor khinzir yang mungkin menyentuh sensitiviti dalam
kesucian bulan Ramadan," kata Servcorp pada Isnin.
Ia berkata, sebagai syarikat antarabangsa, ia tidak mempunyai niat untuk
menyinggung mana-mana kaum atau agama, dan menambah bahawa ttiada isu
seluruh dunia dengan menggunakan haiwan itu sebagai maskot, termasuk di
pejabat mereka di Timur Tengah.
Pada Ahad, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengesahkan pemadaman iklan digital itu di Jalan Bukit Bintang.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment