Monday, July 13, 2015
Jangan Jadikan Insiden Gaduh Plaza Low Yat Isu Perkauman - KPN
Petaling Jaya : Insiden yang berlaku di Plaza Low Yat pada Sabtu hanyalah
pergaduan antara dua pihak dan tiada kaitan dengan isu perkauman, kata
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Khalid menerusi kenyataan akaun Twitternya, @KBAB51 pada malam Ahad
berkata: "Low Yat - @PDRM akan ambil tindakan terhadap kedua dua pihak
yg bergaduh. Ini tiada kena mengena dgn kaum. Cuma dua pihak yang
bergaduh!"
Dalam beberapa kenyataan di Twitter, Khalid berkata, keadaan adalah tenang dan tiada lagi pergaduhan atau rusuhan.
Malahan katanya, beberapa individu yang dipercayai terlibat dalam
kejadian itu telah ditahan namun tidak mengulas lanjut berhubung perkara
tersebut.
"Low Yat - @PDRMsia sahkan bahawa keadaan tenang dan terkawal. Tiada
pergaduhan atau rusuhan. Jgn percaya khabar angin. Polis berkawal.
"Low Yat- @PDRMsia telah tangkap sebhgian mrk yg terlibat bergaduh
semalam dan sedang kesan yg lain. Biar Polis ambil tindakan," katanya
sejurus selepas 'tweet' yang pertama.
Pada Sabtu, insiden itu menjadi tidak terkawal apabila tujuh individu
muncul untuk membalas dendam terhadap pembantu kedai yang menangkap
individu didakwa mencuri.
Beberapa pihak memberikan komen di media sosial mendakwa kejadian itu
disebabkan oleh salah seorang remaja dijualkan telefon bimbit tiruan
tetapi dakwaan tersebut tidak disahkan.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad
berkata, seorang remaja lelaki warga tempatan berusia 22 tahun yang
dipercayai terlibat dalam insiden pergaduhan di Plaza Low Yat pada
Sabtu.
Polis turut sedang mengesan enam lelaki yang dipercayai terlibat dalam
kejadian yang menyebabkan kerugian dianggarkan bernilai RM70,000.
Pada malam Ahad, satu kumpulan berhimpun di plaza itu yang dilihat
sebagai 'protes' rentetan kepada kejadian yang berlaku pada Sabtu.
Kumpulan yang disertai kira-kira 100 orang itu dipercayai diketuai oleh
badan bukan kerajaan (NGO), Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah
Se-Malaysia (Pekida), berhimpun dekat gedung itu pada kira-kira pukul
6.30 petang.
Mereka berhimpun sebagai tanda protes kerana dakwa mereka bahawa siasatan yang dilakukan pihak polis bersifat 'berat sebelah'.
Kumpulan itu memasuki gedung tersebut pada kira-kira pukul 8.35 malam namun polis berjaya membawa mereka keluar.
Pihak polis kemudiannya membuat kawalan di Plaza Low Yat pada kira-kira
pukul 9 malam dan kumpulan itu bersurai pada pukul 10 malam.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment