Monday, July 13, 2015
Pembeli Luah Pernah Terkena di Plaza Low Yat... Apa Kita Boycott Saja low Yat
Insiden pergaduhan yang membabitkan tujuh lelaki dengan beberapa pekerja
kedai telefon bimbit di Plaza Low Yat semalam menggemparkan negara
ketika umat Islam di Malaysia bakal menyambut Syawal beberapa hari
sahaja lagi.
Kejadian itu bertambah 'panas' apabila ia turut mendapat perhatian
netizen di media sosial yang turut memuat naik video dan juga gambar
pergaduhan beserta komen termasuk yang berunsur perkauman.
Tinjuan Sinar Online di Facebook rakan-rakan kami juga mendapati ia
menjadi trending dan perbualan, malah ada yang meluahkan pernah terkena
kerana membeli gajet yang dijual Plaza Low Yat.
Antaranya Syahrin Abdul Aziz yang berkongsi pernah menjadi mangsa penipuan penjual telefon bimbit di sana beberapa tahun lalu.
“Saya pun salah satu mangsa tipu kedai telefon bimbit di Low Yat berapa
tahun lalu. Beli Samsung Note2. Kata barang original (Malaysia). Boleh
tukar satu kepada satu kalau rosak.
“Nak jadikan cerita, telefon bimbit saya rosak. Pergi hantar Samsung
Service Centre (pusat khidmat Samsung), Samsung Service Centre cakap ini
bukan 'local warranty'. Set dari Thailand. Samsung Malaysia tak nak
terima sebab berlainan no IMEI,” ujarnya.
Pemilik akaun Twitter yang menggunakan nama Iskandar pula menyarankan
agar orang ramai melengkapkan dengan ilmu secukupnya sebelum membeli
apa-apa barangan di Plaza Low Yat.
“Hendak pergi Low yat beli barang computer, sila sediakan ilmu
betul-betul, apa spesifikasinya, ... berapa anggaran harga,” tulisnya di
laman mikro Twitter.
Sementara menurut Mohammad Afandi, dia sudah lama berhenti daripada membeli gajet di sana.
“Saya sudah lama berhenti membeli barangan di Low Yat, sebab sudah tidak mempercayainya lagi,” tulisnya.
Insiden yang berlaku jam 7.50 malam semalam menyebabkan beberapa pekerja
kedai telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut.
Mereka turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai yang
menyebabkan kerugian dianggarkan hingga RM70,000.
Pergaduhan dikatakan berpunca apabila salah seorang daripada tujuh
lelaki berkenaan ingin menukar telefon yang didakwa bukan dari set tulen
lantas menimbulkan perbalahan dengan pekerja kedai terbabit.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment