Monday, July 13, 2015

Jangan Mudah Terpengaruh Dengan Media Sosial.. - Perdana Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini menyarankan rakyat di negara ini supaya tidak cepat terpengaruh dengan berita yang disebarkan melalui media sosial.

Najib berkata, kebanyakan berita yang sering disebarkan melalui media sosial adalah tidak sahih dan tidak pasti sumber yang diperolehi.

Oleh itu, Najib berharap rakyat di negara ini dapat menilai sesuatu berita tersebut sebelum mempercayai membuta tuli mengenai penyebaran berita di media sosial.

"Sebagai manusia, kita mesti berupaya membuat penilaian kita sendiri dan tidak secara membuta tuli percaya apa yang ada dalam media sosial.

"Apa yang benar adalah benar, apakah palsu adalah palsu," kata Najib ketika menghadiri majlis berbuka puasa di sebuah penempatan Felda di Chini.

Beliau berkata, demikian selepas beberapa dakwaan yang dikeluarkan oleh Wall Street Journal (WSJ) dan Sarawak Report dijadikan 'bahan uli' sebagai berita di media sosial untuk mengkritik beliau.

Beliau yang berucap dalam majlis tersebut menjelaskan, kerajaan telah banyak membawa perubahan kepada rakyat termasuk kepada peneroka Felda, tetapi apa yang kerajaan tidak dapat membantu adalah mengawal harga minyak.

Jelasnya lagi, ini kerana kuasa mengawal minyak bukan dibawah kuasa perdana menteri, tetapi dibawah kuasa pasaran dunia.

"Itu saya tidak boleh buat. Tiada PM di dunia boleh mengawal harga kelapa sawit. Itu bukan ditangan manusia, itu terpulang kepada kuasa pasaran.

"Sama seperti harga minyak, saya tidak boleh mengawal selianya," jelasnya.

Dipetik daripada sumber : Penerangan PemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment