Monday, July 13, 2015
Kejadian Di #lowyat Bukan Perkauman.. Rakyat Marah Peniaga Cina Suka Tipu Pelanggan
Insiden yang berlaku di Plaza Low Yat pada hari Sabtu bersambung pada
Ahad malam apabila ratusan pemuda Melayu dilaporkan berkumpul di luar
bangunan itu sebagai sokongan kepada pembeli yang ditipu oleh peniaga
Cina.
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan
Islam sederhana, Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, kejadian ini hanya
satu simptom kepada penyakit barah yang kronik iaitu perniagaan yang
dijayakan dengan menipu, dilindungi rasuah dan samseng.
Katanya dalam satu kenyataan, anak Melayu terlibat tidak akan bertindak
‘melepaskan geram’ sedemikian sekiranya kita mempunyai pihak
penguatkuasa yang berwibawa.
“Sudah jadi rahsia umum, peniaga cauvinis diaspora tidak berani diusik
penguatkuasa, walau sekadar penjaja jalanan,” katanya mengulas ratusan
pemuda yang berkumpul malam tadi di Plaza Low Yat sebagai tanda protes
terhadap peniaga berbangsa Cina yang menipu pembeli.
Kejadian pada hari Sabtu itu berpunca daripada sikap penipu peniaga
telefon bimbit jenama Oppo berbangsa Cina, yang memberikan telefon
‘klon’ kepada seorang pelanggannya berbangsa Melayu, yang dikatakan
berasal dari Kampung Baru Kuala Lumpur.
Setelah diperiksa, telefon baru itu bukan telefon ‘original’, lalu
pembeli itu kembali ke premis untuk menuntut haknya setelah ditipu. Si
pembeli kemudian mengambil telefon ‘original’ namun dituduh sebagai
pencuri sehingga ditangkap oleh pihak polis.
Pelanggan itu bagaimanapun dilepaskan kerana didapati tidak bersalah mencuri.
Pada Sabtu malam, tujuh pemuda Melayu ‘menyerang’ premis kedai telefon
bimbit itu dan pihak polis berkata, pemuda-pemuda Melayu itu akan
disiasat atas kesalahan ‘merusuh’, sedangkan mereka berbuat demikian
sebagai ‘tunjuk ajar’ kepada peniaga Cina yang menipu dan menganiaya
pelanggan.
Tambah Ustaz Hazizi, pihak cauvinis diaspora telah melakukan pelbagai
kesalahan dan provokasi terhadap Islam, Melayu dan Perlembagaan, tetapi
mereka tidak diambil tindakan dan seolah-olah kebal di sisi
undang-undang.
“Cauvinis diaspora inilah saban hari membuat provokasi; memperlekeh
ajaran agama Islam, mempersenda budaya orang Melayu, mempersoal
kedudukan Islam, Melayu dan institusi Raja dalam kenegaraan Malaysia,
menghasut orang Melayu agar membenci mufti dan ulamak, dan sebagainya.
“Mereka juga terkenal mengotorkan dinding-dinding awam, papan-papan
tanda, pintu-pintu premis perniagaan dengan iklan pinjaman “Along”,
menggoda orang Melayu yang suka berhutang atau yang terdesak.
“Tetapi semua perangai jelik itu dan banyak lagi, tiada tindakan diambil
oleh pihak penguatkuasa. Mereka seolah-olah kebal di sisi
undang-undang.
“Hakikatnya mereka dilindungi oleh pengkhianat bangsa Melayu sendiri,
yang menjual maruah bangsa untuk mendapatkan sedikit laba di dunia.
“Oleh itu tidak pelik jika rakyat mengambil tindakan sendiri,” katanya.
Mengulas tindakan pemuda-pemuda Melayu yang menyerang premis telefon
itu, Ustaz Hazizi berkata ia adalah tindak balas perasaan marah.
“Perbuatan memaki dan menghamun, hatta perbuatan ‘melanggar’ kedai Cina
itu pun, tidak lain hanya tindak balas perasaan marah. Melayu memang
terkenal dengan amuk. Tetapi marah orang Melayu ini, senang dipujuk.
Lambat panas, cepat sejuk. Itulah masalahnya,” katanya lagi.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment