Monday, July 13, 2015
Lowyat: Akibat Mudah Percaya Berita Tak Sahih, Laporan WSJ Termasuk
EDITOR MENULIS...
13 JULAI 2015
Kejadian rusuhan dan pergaduhan di Plaza
Lowyatt hujung minggu lepas, pada pandangan saya adalah hasil dari
tindakan semua pihak terlibat yang mudah mempercayai berita tidak sahih,
seperti yang disebarkan melalui media sosial.
Yang Melayunya kerana konon insiden
tersebut berlaku apabila penjual (cina) menjual telefon klon, tuduh
semua cina penipu. Yang cinanya kerana dakwaan mencuri telefon, tuduh
semua Melayu pencuri – seolah-olah mencuri dan menipu ini pun mesti ikut
kaum juga.
Masing-masing dakwa ada logik masing-masing. Yang Melayu kata pencuri tak mungkin datang balik repeat, yang cina kata kedai tak mungkin jual produk tiruan sebab agen sah dan sebagainya.
Biasanya bila ada masalah macam ini (his
words against your word), kita cari penyelesaian dengan pihak berkuasa
dan Mahkamah. Masalah datang bila apa pun tak sahih lagi, semua dah
ambil tindakan sendiri, huru haralah negara kalau semua ikut faham macam
ini.
Apa pengajaran dari kes di atas? Mudah
saja, JANGAN PERCAYA BERITA BELUM SAHIH.
Sekalipun maklumat itu sahih
(mana-mana satu punlah), tak perlu ambil tindakan sendiri, biar pihak
berkuasa seperti polis dan KPDNKK menjalankan tugas mereka, itulah semua
tujuan kita semua bayar cukai pun.
Samalah halnya dalam dakwaan konon
berbillion wang dimasukkan dalam akaun peribadi Perdana Menteri, ini pun
berita tak sahih juga tapi pembangkang dan fanatik Tun Mahathir sudah
mengangkatnya sebagai benar dan mahu orang percaya.
Pelbagai kata nista dilemparkan terhadap
Perdana Menteri dan isterinya, sekalipun berita ini belum tentu lagi
hujung pangkal bagaimana, bahkan, banyak pula yang terdedah mutakhir ini
yang mengatakan ini mungkin dakwaan palsu, berdasarkan dokumen yang
diragui dan sebagainya.
Anehnya, dalam insiden di Lowyat
pembangkang cuba tunjuk suci dengan menasihatkan yang terlibat tidak
terlalu mengikut emosi, tunggu siasatan polis dan sebagainya, tapi dalam
hal dakwaan WSJ ni, pembangkang jadi dalang menghasut rakyatnya supaya
percaya.
Kau ajar orang supaya percaya berita tak
sahih, tapi bila kejadian di Lowyat berlaku (akibat percaya berita tak
sahih), pandai pulak nak nasihat orang.
Jadi, kalau rasa insiden di Lowyatt itu
tak betul dan tak sepatutnya berlaku, maka, tindakan menuduh Perdana
Menteri menyonglap berbilion duit dengan memasukkannya dalam akaun
peribadi ini pun tak sepatutnya berlaku.
Disediakan oleh :
Sdr Syamsul Amri bin Hj Ismail
Ketua Penerangan
Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Seremban
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment