Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur akan memulakan siasatan berhubung dakwaan kononnya satu insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga.
Wednesday, July 15, 2015
KPDNKK Siasat Kejadian di Plaza Low Yat...Jangan War-Warkan Saja di Media Saja
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Kuala Lumpur akan memulakan siasatan berhubung dakwaan kononnya satu insiden pergaduhan yang berlaku di Plaza Low Yat pada malam Sabtu berpunca akibat penipuan oleh peniaga.
Bagaimanapun, Pengarahnya, Muez Abdul Aziz berkata pihaknya masih
menunggu laporan rasmi daripada suspek yang kini ditahan polis.
"Kami akan berkerjasama dengan polis di mana siasatan akan dimulakan sejurus laporan rasmi dibuat pengguna tersebut.
"KPDNKK juga akan bekerjasama dengan pemilik hak cipta yang juga
pengeluar telefon bimbit berkenaan untuk mengenalpasti sama ada telefon
bimbit itu asli atau tiruan," ujar Muez.
Awani melaporkan Muez turut mengakui ada menerima laporan berkenaan
dakwaan penipuan jual beli telefon bimbit serta gajet di Plaza Low Yat.
"Pihak saya ada terima laporan berkenaan penipuan jual beli. Pihak kami
telah memulakan risikan dan pemantauan di sana (Plaza Low Yat),"
katanya.
Selain itu, Muez turut menasihati pengguna supaya tidak bertindak
mengikut emosi sekiranya mensyaki wujud unsur penipuan oleh peniaga.
"Kita ada peruntukan undang-undang... lapor terus kepada KPDNKK dan kami
akan mulakan siasatan berdasarkan laporan yang diterima. Jangan
bertindak ikut emosi," kata Muez yang turut mengesahkan kes tersebut
akan disiasat di bawah peruntukan Akta Perihal Dagangan 2011.
Dalam kejadian itu, sekumpulan tujuh lelaki dikatakan mengamuk di Plaza
Low Yat selepas seorang rakan mereka dituduh mencuri sebuah telefon
bimbit.
Dalam kejadian yang berlaku jam 7.50 malam itu, beberapa pekerja kedai
telefon di plaza berkenaan dibelasah oleh kumpulan tersebut. Mereka
turut merosakkan peralatan dan barangan di dalam kedai.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment