Wednesday, July 15, 2015
Kita Perlu Berhati Hati Hendak Membeli Handphone....
Seorang gadis cina, Stephanie Tan, tampil mendedahkan peniaga telko
Cina seringkali menipu pelanggan Susulan dari kejadian lelaki warga
asing dibelasah peniaga Cina di The Mines, Serdang
Stephanie, bekas pekerja kedai telefon itu berkata, hampir 90% kedai telefon yang dimiliki oleh Cina menipu pelanggan mereka.
"I must say 90% kedai handset dimiliki oleh Cina memang penipu. I
sendiri kerja di kedai handset dan saya tahu taktik bos I untuk menipu
customer.
"I pun tak faham, kenapa perlu tipu? Nak untung tapi cari duit yang tak
halal buat apa? I sedih kaum Cina saya sendiri buat macam tu," katanya
dengan nada yang kesal dengan tindakan majikannya yang tidak
bertanggungjawab.
Kenyataannya itu mendapat 215 likes di Facebook pada ketika berita ini ditulis.
"I give you all some tips. Next time if nak beli fon (hanphone) Lenovo,
nak tahu dia original atau tidak, tengok pada kotaknya. If just putih
kosong tulis Lenovo and what model, itu 'AP'. Original Lenovo, kotak dia
ada gambar handset sekali. iPhone pula jgan beli AP set kat kedai.
Kebanyakannya dah mati expired dengan Apple Store. That's why warranty
kedai," dedahnya.
Tindakan gadis itu mendapat tentangan dari beberapa individu yang juga
bertugas di bidang yang sama. Mereka menyelar tindakan Stephanie
berbohong dan memintanya mengemukakan bukti yang mendakwa 90% kedai jual
telefon bimbit yang dimiliki Cina itu menipu para pelanggan mereka.
Bagaimanapun, Stephanie meminta individu terbabit membuktikan kepadanya
terlebih dahulu 90% kedai jual handset milik Cina tidak menipu selain
dari mendakwa dia tidak gentar mendedahkan perkara itu kepada orang
ramai.
"I don't give a f*ck if no one like me. At least I didn't lie to myself
and other people," tegasnya yang juga mendedahkan Low Yat bukan tempat
yang selamat untuk melabur duit membeli telefon bimbit berikutan sudah
banyak aduan dari orang ramai.
Kes penipuan penjualan telefon bimbit sudah kerap berlaku dan ramai yang
telah menjadi mangsa kepada para peniaga yang tamak ini. Meskipun telah
banyak aduan yang dilaporkan, hanya sebilangan kecil saja yang telah
dikenakan tindakan. Selebihnya, masih meneruskan operasi seperti biasa
kerana para peniaga ini mempunyai 'cable' mereka sendiri.
#baikotlowyat
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment