Friday, July 24, 2015
Khalid Samad LUAH PERASAAN Tak Puas Hati Pada Hadi Awang
Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang tidak senang dengan kenyataan
Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang menyarankan ahli Pas
tidak menganggap DAP sebagai wali, tampil mengatakan Presiden Pas itu
sebagai punca Pakatan Rakyat terkubur.
Khalid berkata, seruan Hadi itu menimbulkan amarah oleh pemimpin Pas
yang selama ini berkawan baik dengan barisan kepimpinan DAP demi menjaga
hubungan baik parti gabungan Pakatan Rakyat (PR).
Beliau turut mempersoalkan Hadi dengan berkata, apa tujuan sebenar Pas
sejak berkawan dengan DAP pada tahun 2008? Adakah untuk memperjuangkan
dasar parti atau memperjuangkan dasar bersama PR??
Katanya, ketika berkawan dengan DAP, presiden Pas itu sering menasihati
agar ahlinya memperkukuhkan PR, tetapi hari ini beliau sering mencemuh
DAP itu ini.
"Apa yang berlaku dari 2008 sehingga sekarang ini kita tertipulah dengan
pimpinan yang selama ini cakap berulang kali kukuhkah PR, kukuhkan PR,
tetapi kini dah mula menyerang DAP, kata DAP cauvinis, anti-Islam.
"Lalu yang selama ini kita berkawan dengan DAP, memerintah sejak 2008
ini apa cerita? Jadi,mana logiknya?" soal Khalid merujuk kepada Presiden
Pas.
Khalid turut menjelaskan penubuhan parti baharu 'Gerakan Harapan Baru'
oleh beberapa pemimpin Pas adalah disebabkan mereka ini kecewa dengan
sikap dan tindakan Hadi.
Khalid berkata, penubuhan GHB ini adalah kerana kecewa dengan tindakan
Hadi yang sering mencari salah DAP dan cuba berbaik dengan Umno/BN demi
melaksanakan hukum hudud.
"Bagi saya apa yang dinasihatkan itu tidak relevan malah saya mahu jawab, janganlah kita terjatuh dalam perangkap Umno.
"Saya merasakan pihak pimpinan Pas sedia termakan umpan Umno dan BN
sehingga ke tahap mereka sekarang ini kedengaran seakan-akan pemimpin
Umno yang menyerang DAP selama ini," tegasnya.
Beliau turut menasihati barisan kepimpinan Pas, supaya melihat kembali
kesilapan yang dilakukan oleh parti Islam itu sebelum menganggap GHB
serta DAP dan PKR sebagai musuh parti.
"Sepatutnya PAS lihat dulu parti yang ingin kami tubuhkan sebelum
isytihar kami sebagai musuh. PAS kebelakangan ini bagaikan lebih minat
berlawan dengan parti pembangkang daripada parti kerajaan. Tidak
pelikkah?" katanya.
Disediakan oleh : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment