Wednesday, July 15, 2015
Laporan Awal Audit Tidak Temui Salah Laku Dalam 1MDB...Kalau Sudah Tak Suka..
Kuala Lumpur : Laporan awal oleh Ketua Audit Negara yang menyiasat
aktiviti 1Malaysia Development Bhd (1MDB) tidak menemukan sebarang bukti
salah laku, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah.
"Sehubungan itu, dakwaan tidak bertanggungjawab oleh sesetengah pihak
termasuk berkenaan 'kehilangan' RM42 bilion dan pemindahan US$700 juta
kepada individu tertentu tidak berbangkit," katanya dalam satu
kenyataan, di sini, Selasa.
Ahmad Husni berkata yang menjadi tumpuan sekarang ialah pelan
rasionalisasi dengan kerajaan komited untuk menyelesaikan isu berhubung
hutang 1MDB.
Tujuan muktamad pelan rasionalisasi ini ialah mengimbangi semula aset
dan hutang 1MDB bagi menyokong struktur kewangannya yang akan memastikan
kemampanannya pada masa depan, kata beliau.
"Adalah menjadi harapan saya agar semua dakwaan tidak berasas ini
dihentikan. Kita harus kekal bersabar dan menunggu laporan akhir oleh AG
(Ketua Audit Negara) dan Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC),"
kata Ahmad Husni.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment