Wednesday, July 15, 2015
Rusuhan Low Yat: Papagomo Direman Empat Hari... Alvin Tan Kenapa Tak Tangkap?
Penulis blog, Papagomo bersama 24 individu yang lain dikenakan perintah tahanan reman selama empat hari bermula hari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengesahkan perkara
itu berkata, Papa Gomo ditahan di kediamannya semalam berikutan
mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan berhubung insiden di Plaza Low
Yat.
"Kita telah menahan Papagomo di rumahnya. Di biliknya," kata Khalid.
Papagomo didakwa memuat naik gambar seorang mangsa kemalangan berbangsa
Melayu yang cedera, di media sosialnya, dengan mendakwanya sebagai
mangsa pergaduhan Plaza Low Yat.
Polis sebelum ini meminta penulis blog itu untuk menyerah diri namun tidak dipedulikan.
Selasa, Presiden Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM), Mohd. Ali Baharom atau Ali Tinju, 43 antara yang ditahan polis.
Empat lagi individu yang ditangkap adalah jurujual telefon bimbit di
Plaza Low Yat. Kesemua mereka berusia antara 19 hingga 29 tahun itu
ditahan polis pada pukul 4 petang.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Ahmad
berkata, Mohd. Ali ditangkap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang
Wangi pada pukul 11.30 pagi mengikut Seksyen 4 (1) Akta Hasutan 1948.
Sementara itu, Zainuddin berkata, empat jurujual telefon bimbit tersebut
ditahan di tingkat UG Plaza Low Yat dan kini disiasat mengikut Seksyen
147/427 Kanun Keseksaan kerana merusuh.
“Mereka ialah Chong Wei Quan, 21, Tan Meng Yee, 19, Low Leong Seng, 29, dan Yong Kean Onn, 24,” katanya.
Dalam kejadian Isnin, satu rusuhan yang mengakibatkan orang awam dan
petugas media tercedera selepas pihak tidak bertanggungjawab cuba
mencetuskan isu perkauman.
Kejadian bermula apabila pengguna laman sosial mendakwa berlaku penipuan
pembelian telefon bimbit yang didakwa tiruan sementara siasatan polis
pula mendapati kes itu melibatkan kecurian gajet tersebut.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment