Monday, July 13, 2015
Lelaki Melayu Menangis Kena Keronyok di #lowyat
Seorang jurutera kilang didakwa cuba merakam paha seorang wanita yang
sedang menaiki eskalator menggunakan telefon bimbitnya, Sabtu lepas.
Tertuduh,
Nasrul Aizat Zulkifli, 25, mengaku bersalah dihadapan Majistret Nur
Azura Murah terhadap pertuduhan hendak mengaibkan kehormatan dengan
merakam video bahagian sulit seorang pekerja kedai telefon berusia 29
tahun.
Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di tangga
eskalator tingkat 1, Plaza Low Yat, Dang Wangi di sini pada 6.30 petang,
13 Jun lalu.
Tertuduh dijatuhi hukuman penjara lima hari,
bermula dari tarikh dia ditangkap pada 13 Jun lepas dan denda RM4,000.
Sekiranya gagal membayar denda, tertuduh bakal dipenjara lima bulan.
Dia
didakwa mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan
hukuman penjara maksimum lima tahun atau denda atau kedua-duanya.
Mengikut
fakta kes, mangsa yang ketika itu sedang menaiki eskalator untuk ke
tingkat satu menyedari tindakan seorang lelaki yang meletakkan telefon
bimbit di bawah skirt yang dipakainya.
Mangsa kemudian meminta
tertuduh menunjukkan telefon bimbit itu namun dia enggan dan menafikan
perbuatannya menyebabkan mangsa menjerit meminta tolong.
Beberapa
pekerja di plaza itu yang menyedari jeritan mangsa kemudian membantunya
menahan tertuduh dan mangsa telah memeriksa telefon bimbit tertuduh dan
mendapati satu rakaman video yang menunjukkan bahagian pahanya.
Ketika
sesi rayuan, tertuduh yang diwakili peguam P. Muniswer memohon mahkamah
menjatuhkan hukuman denda minimum dengan alasan ia merupakan kesalahan
pertama tertuduh dan dia juga telah insaf dengan perbuatannya.
Namun
Timbalan Pendakwa Raya Ezrene Zakariah memohon mahkamah menjatuhkan
hukuman berbentuk pengajaran mengambil kira tindakan tertuduh yang telah
menyebabkan gangguan emosi dan trauma kepada mangsa.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment