Monday, July 13, 2015

Perdana Menteri Berikrar Terus Tadbir Negara Demi Rakyat

Bagi memastikan Malaysia dapat mencapai status negara maju menjelang 2020, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar akan meneruskan tanggungjawabnya mentadbir negara dengan berlandaskan pertimbangan terbaik untuk rakyat.
     
Katanya, beliau amat menghargai dan berterima kasih di atas segala sokong daripada pelbagai pihak terhadap kepimpinannya khususnya ketika beliau berdepan pelbagai tuduhan dan cabaran pada masa ini.
     
"Jangan bimbang atau gusar, bukan semua berita yang dibaca sahih atau tepat. Sebagai perdana menteri, saya tahu tanggungjawab kepada rakyat dan negara."
   
"Saya tidak akan mengecewakan rakyat dan akan meneruskan pentadbiran kerajaan mengikut pertimbangan terbaik untuk rakyat serta memastikan Malaysia mencapai status negara maju," katanya.

Menyentuh mengenai Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11), Najib berkata, ia telah pun dibentangkan dan asasnya adalah untuk meneruskan pembangunan serta membela kumpulan isi rumah yang berpendapatan 40 peratus terendah atau dikenali sebagai Bottom 40 (B40) sekali gus tidak membiarkan jurangnya semakin melebar.

Seterusnya, menurut beliau, kerajaan hari ini sentiasa berusaha untuk mengurangkan jurang antara bandar dan luar bandar dengan adanya pelaksanaan pelbagai program pembangunan bagi memastikan manfaatnya dapat dinikmati bersama. 

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment