Monday, July 13, 2015
Zeti Tak Layak Jadi Gabenor Bank Negara.. - Zainuddin Maidin
Bekas Menteri Penerangan, Tan Sri Zainuddin Maidin mahu Gabenor Bank
Negara Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz meletak jawatan susulan Datin Seri
Rosmah Mansor tampil berani mengesahkan kewujudan akaun bank yang
didedahkan Sarawak Report.
Zainuddin atau lebih dikenali dengan nama pena sebagai Zam berkata,
dengan keberanian Rosmah itu telah menyebabkan integriti dan kepercayaan
terhadap Dr Zeti sebagai antara Ketua Bank Pusat Terbaik tercalar.
Tegasnya, disebabkan keberanian Rosmah itu, imej Dr Zeti sebagai Gabenor
Bank tercalar dan Gabenor Bank itu perlulah melepaskan jawatan yang
disandang.
"Zeti tidak seharusnya turut tercemar dalam suatu misi yang telah
menimbulkan keraguan orang ramai dan sewajarnya meletakkan jawatan
sebelum pergi lebih jauh dalam mission impossible," kata Zam menerusi
entri terbaru di laman blog miliknya.
Rosmah mengambil tindakan tersebut selepas pembocoran akaunnya di Affin
Bank yang mendakwa beliau menerima RM2 juta sebagaimana yang dilaporkan
oleh Sarawak Report.
Mengapa Zam perlu mempertikaikan tindakan berani Rosmah yang mengesahkan
mengenai kewujudan akaun tersebut? Bukankah itu satu tindakan yang
perlu dilakukan bagi seseorang untuk membersihkan nama selepas sering
dilempar fitnah?
Bagaimanapun, keberanian Rosmah tersebut diberi pujian oleh bekas Naib Ketua Pemuda Umno Wangsa Maju, Shahbudin Husin.
Shahbudin berkata, walaupun Rosmah dalam keadaan yang tidak sihat,
beliau berani tampil menjelaskan kebenaran yang ditunggu oleh rakyat.
"Ternyata, dalam keadaan tidak boleh membongkok dan menderita sakit
lutut, beliau mengakui sesuatu kebenaran yang perlu diketahui oleh
rakyat dan orang ramai," kata Shahbudin.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment