Monday, July 13, 2015

DAP Akan Hantar Wakil Melayu Tawan Kelantan Dari PAS

Penyelaras Impian Kelantan Young Syefura Othman menyifatkan bantuan yang diberikan DAP kepada mangsa banjir di Kelantan bukanlah sebagai 'hadiah' mahupun 'umpan' tetapi bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa DAP bukanlah sebuah parti anti Melayu dan Islam.

Katanya, walaupun DAP telah memutuskan hubungan kerjasama Pas yang menjadi peneraju kerajaan negeri Kelantan, tetapi atas sifat kemanusiaan DAP tetap meneruskan bantuan tersebut kepada rakyat di negeri itu.

"Kita hendak tunjuk kepada rakyat Kelantan yang DAP ini bukan anti Melayu dan kita juga mempunyai sifat kemanusiaan," kata Syefura.

Syefura berkata, beliau terkejut dengan melihat rakyat di negeri itu dapat menerima pemberian bantuan daripada DAP walaupun parti tersebut merupakan musuh Pas kini.

Katanya, dengan pendekatan seperti ini, DAP akan mempertimbangkan untuk bertanding di negeri Pantai Timur itu pada pilihan raya umum akan datang selepas melihat reaksi penduduk di sekitar itu yang dapat menerima bantuan daripada DAP.

"Mula dari Februari kita masuk kampung sampai sekarang, sampai siap projek tidak ada satu masalah langsung.

"Ketua kampung bekerjasama dengan kita, memang mereka mengalu-alukan NGO luar untuk membantu mereka," katanya.

Menurut Syefura, beliau kesal dengan sikap pemimpin Pas di negeri itu apabila tiada seorang pun wakil dari kerajaan negeri yang hadir semasa Majlis Penyerahan Rumah Kampung Pasir Tumboh pada 13 Jun lalu.

Syefura berkata, pihaknya telah menghantar jemputan kepada pemimpin-pemimpin negeri, tetapi mengecewakan kerana seorang pun tidak hadir.

"Kita hantar jemputan kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob, timbalan menteri besar dan exco, tapi seorang pun tak datang," katanya.

Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN

No comments:

Post a Comment