Monday, July 13, 2015
Pendakwah Mahu Umat Islam Boikot #lowyat
Pendakwah terkenal Dr Zaharuddin Abdul Rahman menyifatkan tindakan 7
pemuda Melayu menyerbu pusat jualan barangan elektronik di Low Yat di
Kuala Lumpur sebagai satu tindakan yang kurang tepat.
Zaharudin berkata, di bulan yang penuh mulia ini pemuda tersebut perlu
bersabar jika ditipu oleh peniaga kaum Cina mahupun kaum lain.
Katanya, jalan yang terbaik adalah bagi menyelesaikan masalah yang
dialami pemuda tersebut adalah pemuda terbabit boleh membuat laporan
terhadap tribunal pengguna mahupun memulaukan sahaja kedai tersebut.
"Cukuplah dengan apa yang telah berlaku dan berhentilah dari terus ingin
menyerbu Low Yat. Malah jika benar mereka kerap menipu, boikot sahaja,"
kata Zaharuddin.
Ya...benar cakap Ustaz mengenai tindakan yang perlu dilakukan oleh
pemuda terbabit. Tetapi malangnya, pemuda tersebut telah pun melakukan
tindakan yang seperti disarankan oleh Ustaz itu.
Tetapi, aduan beliau kepada pemilik kedai tersebut tidak diendahkan
malah dituduh pula mencuri barangan kedai terbabit sehingga dibawa ke
balai polis.
Adakah tindakan pemuda tersebut untuk tampil menuntut hak beliau salah
di pandangan mata kita semua? Jika dengan cara meminta sopan santun
tidak diendahkan. Adakah kita hanya perlu mendiamkan diri membiarkan
peniaga-peniaga kaum Cina ini untuk terus berkuasa menipu duit pengguna?
Selain itu, Zaharuddin juga menasihatkan umat Islam supaya tidak
melaungkan takbir dengan sewenang-wenangnya seperti waktu sedang melayan
nafsu amarah.
"Pergaduhan dan kebencian akibat dari hal duniawi semata-mata tidak
layak dilaungkan lafaz mulia itu malah boleh merosakkan imej Islam,"
katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment