Wednesday, July 08, 2015
Macam Tu Sekali Dituduhnya....Saya Tidak Ambil Dana 1MDB Untuk Kepentingan Peribadi - Najib
8 Julai 2015, Petaling Jaya : Datuk Seri Najib Tun Razak pada Rabu menegaskan bahawa
beliau tidak pernah mengambil dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB)
untuk kepentingan peribadinya.
Penafian tegas itu dibuat ketika perdana menteri dihimpit tuduhan penyaluran wang berbilion ringgit ke akaun peribadi miliknya.
"Saya ingin menegaskan sekali lagi bahawa saya tidak pernah mengambil
dana 1MDB untuk kepentingan diri sendiri," katanya di sini.
Selain itu menerusi kenyataan yang dimuat naik di blognya juga, Najib
menyifatkan laporan Wall Street Journal berhubung dana 1MDB bertujuan
memberi tekanan terhadap karier politiknya.
"Tuduhan Wall Street Journal merupakan satu niat jahat yang didokong dan
disokong oleh pihak tertentu dalam negara yang bertujuan memaksa saya
melepaskan jawatan perdana menteri dan presiden Umno," katanya.
Najib turut memaklumkan bahawa pasukan peguamnya sudah menghantar surat
tuntutan kepada WSJ bagi mendapatkan pengesahan berhubung laporan akhbar
itu sebelum mengambil tindakan undang-undang.
"Sebagaimana arahan saya, surat peguam tersebut meminta Wall Street
Journal mengesahkan pendirian akhbar tersebut berikutan laporan yang
telah dibuat menuduh saya menyalahgunakan dana USD700 juta (RM2.67
bilion) milik 1MDB.
"Peguam saya akan mengambil tindakan selanjutnya selepas mendapat pengesahan dari akhbar tersebut," katanya.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment