Thursday, July 09, 2015
Mahathir Jamin Proton Akan Laku Tahun Depan
Pengerusi Proton Holding Bhd, Tun Dr Mahathir Mohamad memaklumkan
syarikat Proton akan mempertaruhkan 3 model generasi tahun depan bagi
meningkatkan jualan dan prestasi kewangan syarikat tersebut.
Mahathir berkata, 3 model baru yang dipertaruhkan itu bagi meningkatkan
jualan ialah daripada model sedia ada iaitu Saga, Persona dan Perdana.
Tambahnya, model tersebut telah di naik tarafkan dengan hasil kerjasama syarikat pengeluar kereta terkemuka Jepun, Honda.
Katanya, dengan hasil kerjasama itu, beliau percaya Proton dapat
melonjakkan hasil jualan sekaligus menewaskan jualan kereta luar negara.
"Dalam industri automotif, memang kita ada pinjam meminjam teknologi.
Syarikat kereta gergasi yang lain pun bertukar-tukar teknologi.
"Dalam hal ini kita cuma menggunakan platform saja daripada Honda dan yang lain adalah hasil usaha kita sendiri.
"Saya benar-benar berharap ketiga-tiga model yang akan memasuki pasaran
secara berperingkat mulai Januari tahun depan akan mendapat sambutan
yang memberangsangkan," kata Mahathir dalam majlis berbuka puasa Proton
di Shah Alam.
Beliau mengucap yang lebih lanjut berkata, kereta yang dihasilkan Proton
kini seperti Iriz sudah mampu menandingi kereta keluaran luar negara,
tetapi masih kurang mendapat sambutan.
Namun, demi menaik peningkatan penjualan model tersebut, Proton telah
menaik taraf sistem model terbabit bagi memuaskan hati pelanggan.
"Saya dapati model Iriz sangat baik kerana amat ringan dan mudah dipandu
berbanding dengan kereta luar negara yang sama kualiti. Namun sambutan
pengguna kurang baik," katanya.
Mampukah Mahathir membawa jualan Proton menewaskan pengeluaran kereta luar negara??
Seperti kita tahu model yang yang dipertaruhkan Mahathir ini pun tidak
dapat menandingi pengeluaran kereta Perodua, bagaimana pula Mahathir
begitu yakin Proton mampu menewaskan jualan pengeluaran kereta luar
negara?
Apa-pun kita tunggu sahaja tahun depan untuk melihat keputusan yang
diharapkan bekas perdana menteri itu. Jangan melingkupkan syarikat
pengeluaran automotif tempatan itu sudahlah ye.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment