Thursday, July 09, 2015
Tentu Ada Masih Yang Berpuashati Lagi....Tiada Akaun Perdana Menteri Dibekukan – Peguam Negara
Keenam-enam akaun yang dibekukan oleh Pasukan Penyiasat Khas Dana USD
700 juta tiada satu pun milik Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib Tun
Razak.
“Perintah pembekuan yang dikeluarkan pada 6 Julai 2015 tidak melibatkan
mana-mana akaun yang dikatakan dipunyai oleh Perdana Menteri,” kata Tan
Sri Abdul Gani Patail.
Ini mengesahkan laporan MyKMU.net pagi tadi yang menafikan bahawa
akaun-akaun yang dipaparkan oleh Wall Street Journal kononnya milik
Perdana Menteri di bawah kelolaan Nik Faisal Amir.
Pagi tadi kami mendedahkan bahawa akaun-akaun yang dipaparkan oleh WSJ bukan milik Perdana Menteri seperti yang didakwa.
Bagaimanapun kami menarik balik laporan tersebut bagi mengelakkan gangguan siasatan pasukan Khas.
Peguam Negara turut menyatakan kebimbangannya tentang sindiran dan
pengataan yang telah dibuat yang mengaitkan Peguam Negara dengan agenda
politik tertentu. Peguam Negara menekankan bahawa tujuan Pasukan Petugas
Khas antara agensi itu ditubuhkan untuk menyiasat perkara ini adalah
untuk memastikan bahawa tidak timbul sebarang salah guna mekanisme
siasatan.
Peguam Negara menekankan bahawa beliau tidak akan teragak-agak untuk
mendakwa mana-mana orang yang didapati telah membocorkan maklumat sulit
yang berkaitan siasatan kerana adalah merupakan suatu kesalahan jenayah
di bawah masing-masing seksyen 133 Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan
seksyen 145 Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 untuk mana-mana orang
yang mempunyai akses kepada apa-apa dokumen atau maklumat yang
berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana pelanggan suatu
institusi kewangan, termasuk institusi kewangan itu atau mana-mana orang
yang ialah atau pernah menjadi pengarah, pegawai atau ejen institusi
kewangan itu, untuk mendedahkan kepada seorang lain apa-apa dokumen atau
maklumat yang berhubungan dengan hal ehwal atau akaun mana-mana
pelanggan institusi kewangan itu.
Adalah juga menjadi suatu kesalahan jenayah di bawah seksyen 203A Kanun
Keseksaan untuk mana-mana orang menzahirkan sebarang maklumat atau
perkara yang telah diperolehinya pada melaksanakan tugasnya atau
menjalankan fungsinya di bawah mana-mana undang-undang bertulis dan
untuk mana-mana orang yang mempunyai apa-apa maklumat atau perkara yang
dia tahu telah dizahirkan dengan melanggar undang-undang untuk
selanjutnya menzahirkan maklumat atau perkara itu kepada mana-mana orang
lain.
Dipetik daripada sumber : PeneranganPemudaSEREMBAN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment