Ahli Parlimen Pokok Sena
Sunday, July 12, 2015
Mahfuz Arahkan Ketua Polis Negara Letak Jawatan. Dahsyatnya!!
1.Adalah sangat dikesali kenyataan Ketua Polis Negara yang menyatakan
PDRM akan menyiasat siapa dan bagaimana kebocoran maklumat yang
besertakan dokumen yang di perolihi Wall street journal(WSJ). Kenyataan
KPN tidak membantu memulihkan imej Malaysia.
2.Kenyataan tersebut menambahkan lagi rasa tidak percaya masyarakat
antarabangsa kepada Malaysia apabila institiusi (PDRM) yang sepatutnya
menjaga kepentingan rakyat dan negara dilihat cuba untuk melindungi
jenayah yang dilakukan olih pembesar negara.Kenyataan KPN sebenarnya
mempunyai unsur sabotaj ekonomi negara.
3.Sikap KPN telah menyebabkan timbul keraguan rakyat Malaysia terhadap
ketelusan pasukan khas penyiasatan kes 1MDB dan laporan WSJ.Apakah
kesudahan lakonan dan drama yang sedang di lakonkan mereka.
4.Bagi menjamin integriti Pasukan khas penyiasat serta nama baik negara
saya mendesak dikeluarkan Tan Sri Khalid Abu Bakar (KPN) dari pasukan
khas penyiasat dan dilucutkan jawatan beliau sebagai Ketua Polis Negara.
Dato'Mahfuz Omar
Ahli Parlimen Pokok Sena
Ahli Parlimen Pokok Sena
p/s: Mungkin Mahfuz rasa dia mempunyai kuasa yang sangat besar
untuk mengarahkan Ketua Polis negara meletakkan jawatan. Atau mungkin
inilah yang dipanggil "beraja dimata, bersultan dihati.."
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment