Sunday, July 12, 2015
RM120 Juta Untuk 40,000 Golongan Kurang Bernasib Baik Di Kelantan
12 Julai 2015, Kota Baharu : Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak
RM120 juta bagi membantu 40,000 orang golongan kurang bernasib baik di
Kelantan pada tahun ini.
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed
berkata golongan berkenaan termasuk ibu tunggal, anak yatim, orang
miskin dan orang kelainan upaya (OKU).
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri berkata bantuan itu
disalurkan melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dalam bentuk elaun
yang diberikan setiap bulan kepada golongan tersebut.
Beliau bercakap kepada pemberita selepas majlis penyampaian baju raya
kepada 416 pelatih Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) di sebuah
pasaraya di sini, hari ini.
Sementara itu, Mustapa berkata Kerajaan Persekutuan turut
memperuntukkan sebanyak RM6 juta kepada 42 PDK di negeri ini bagi tujuan
pembayaran elaun guru-guru di pusat terbabit.
Dipetik daripada sumber : MediaUMNO
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment